Rabu, 21 Mei 2025

SUP KEPALA IKAN

Assalam buat semua..
Hari ini saya masak Sup kepala Ikan.
Dihidangkan bersama Nasi putih,Ikan goreng dan telur dadar.
Ringkas sahaja tetapi tetap membuka selera
Let's try masak.

SUP KEPALA IKAN

Bahan
1 keping kepala Ikan
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah besar
1 inci halia
1 batang karot
4 biji cendawan Shiitake
1 biji tomato
2 batang serai
Cili padi
1/2 batang saderi
1 paket perencah sup Siam 
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Cukup rasa
Garam

Daun ketumbar siam
Bawang goreng

Cara membuatnya
Hiris halus bawang merah dan halia,cincang bawang putih,cili padi dan serai diketuk
Potong batang saderi,tomato,karot dan hiris cendawan
Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis semua bahan diatas
Bila naik bau,tambahkan air secukupnya
Masukkan perencah sup Siam,saderi, karot,tomato dan cendawan
Biarkan kuah sup mendidih
Tambahkan cukup rasa dan garam mengikut keperluan,serbuk lada hitam dan lada sulah
Akhir sekali masukkan kepala ikan dan biarkan sup mendidih sekali lagi
Sesuaikan rasanya dan boleh lah diangkat.
Taburkan bawang goreng,cili padi dan daun ketumbar Siam yang dihiris halus.

Sabtu, 17 Mei 2025

PUDING ROTI PISANG

Assalam buat semua..
Puding roti yang saya gabungkan dengan Pisang.
Sedap juga dilawankan dengan secawan kopi panas buat makan petang-petang
Saya buat versi kurang manis,sesuai lah dengan peringkat umur sekarang ni
Let's try baking

PUDING ROTI PISANG

Bahan
8 keping roti
300 ml full cream milk
4 biji telur
4 sudu besar gula perang
2 biji Pisang cavendish-potong nipis
4 sudu besar kejura Mozzarella parut
1 sudu teh esen vanilla
Coklat cip
Sedikit garam

parutan kulit Oren
Dried Cranberry
Kismis

Cara membuatnya
-Lengserkan bekas kaca dengan marjerin
-Ambil roti dan koyak kecil- kecil lalu susun dalam bekas kaca
-Taburkan parutan kulit Oren,dried cranberry dan kismis yang dipotong kecil-kecil
Letak hirisan pisang dan Coklat cip
Ambil 4 biji telur,keju mozarella parut,
esen vanilla,sedikit garam dan gula perang(jika suka lebih manis boleh tambah gula)
Kacau rata hingga gula larut.
Tuangkan adunan telur diatas susunan roti
Susun satu lapis lagi roti dan ulang seperti lapisan pertama
Tuang lagi adunan telur rata-rata dan biarkan sebentar
Panaskan oven pada suhu 160'C
Sediakan dulang lalu letakkan bekas puding,isikan air panas
Bakar dalam oven hingga masak.

Ahad, 11 Mei 2025

AYAM MASAK BAWANG


 Assalam buat semua..
Resepi Ayam ini baru pertama kali saya cuba
Rasanya sedap mengikut selera saya
Boleh makan dengan nasi putih ataupun nasi lain.
Let's try masak

AYAM MASAK BAWANG

Bahan
1 ekor ayam-potong kecil
Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

4 biji bawang merah besar
Rempah 3 sekawan
1 helai daun pandan
2 biji bawang Holland
1 inci halia
3 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar serbuk garam masala
2 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam,gula,cukup rasa

Cara membuatnya
Potong bawang nipis- nipis
Perah airnya dan gaul dengan sedikit tepung beras
Goreng hingga garing dan toskan
Dengan minyak yang sama-goreng ayam sebentar dan ketepikan.

Kisar bawang Holland dan halia
Tumiskan kedalam minyak lebihan goreng ayam tadi
Masukkan rempah 3 sekawan dan daun pandan.
Masukkan serbuk cili, semua sos,serbuk garam masala,gula,garam dan serbuk cukup rasa.
Tambahkan sedikit air
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata
Biarkan seketika  sambil di gaul sekali-sekala
Tambahkan bawang goreng dan gaul rata,tinggalkan sedikit untuk tabur di atas ayam
Sesuaikan rasanya dan boleh lah diangkat
Semasa menghidang,taburkan sedikit lebihan bawang goreng tadi.

Khamis, 8 Mei 2025

TAUGEH IKAN MASIN

Assalam buat semua..
Masakan kali ini menggunakan taugeh
Resepi ini saya jumpa di Tik Tok
Biasanya kita guna sayur kailan
Tapi kali ini kita gunakan taugeh pula yang digoreng dengan Ikan masin
Saya masak untuk majlis harijadi di  tempat bertugas dimana menu utama adalah lauk-pauk dan nasi putih.
Let's try buat

TAUGEH IKAN MASIN
Bahan
2 potong Ikan tenggiri masin
2 keping tauhu
Taugeh
Kucai 
Karot
Bawang merah,bawang putih,cili padi,tomato
Serbuk cukup rasa
Sos ikan

Cara membuatnya
Bersihkan taugeh dengan cara rendam dalam air sekejap kemudian toskan
Karot dipotong halus dan kucai dipotong satu inci.
Hiris bawang merah,cili padi serta ketuk bawang putih dan potong tomato
Panaskan minyak dan goreng tauhu kemudian potong kecil
Kemudian goreng Ikan masin.Kdtepikan.
Guna minyak yang sama,masukkan bawang merah,bawang putih,cili padi .
Tumis hingga naik baunya
Masukkan karot goreng sebentar
Masukkan Ikan masin tadi,tauhu,tomato
taugeh dan kucai
Tambahkan serbuk cukup rasa dan sos Ikan jika perlu 
Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat
Taburkan bawang goreng
Sedia untuk dihidangkan