Dah lama saya tidak menulis pasal taman kecil saya.
Asyik memenuhi aktiviti harian hingga pokok -pokok bunga pun sering kelayuan .Saya suka mengambil gambar bunga di sekeliling rumah setiap kali ia berkembang.Boleh di buat koleksi gambar bunga untuk di tatap pada masa akan datang.
Disini saya ingin menulis pasal 9 cara menanam pokok bunga yang di ambil dari artikel dalam majalah Harmoni Ogos 2010.
9 cara menanam pokok.
- Arang
Ia mudah menyerap air dan tidak mudah di serang kulat menyebabkan tanaman anda hidup subur.Potong arang kecil-kecil,selepas itu masukkan kedalam pasu/bekas yang sesuai dan siram.
- Akar
Guna akar pokok paku -pakis yang di jual di nurseri.Ia biasanya digunakan untuk tanaman gantung.
Ia mempunyai rongga yang besar dan mampu menyerap air dan udara secara maksimun.
- Sabut kelapa
Sabut kelapa mampu menyimpan banyak air dan anda tidak perlu menyiram secara kerap.Ia tidak boleh digunakan ditempat yang berair kerana sabut kelapa mudah mereput.Ini memudahkan pertumbuhan kulat dan pokok sering mendapat penyakit.
Sebelum di gunakan ia perlu direndam dalam larutan kimia supaya tidak terkena kulapuk.
- Baja kompos
- Hidrogel
Penggunaannya sangat praktikal dan tidak mengotorkan tangan. Pokok boleh ditanam di ruang tamu,bilik tidur dan ruang pejabat.
- Pasir
Fungsinya hampir sama dengan tanah.Ia harus di campur dengan bahan -bahan lain seperti batu-batuan dan sabut kelapa.Pasir mudah basah dan cepat kering.tanaman perlu sentiasa di pantau.Bagaimanapun tanaman akan tetap subur jika anda tahu memilih tanaman yang sesuai dan kaedah penjagaan yang betul.
- Batu kecil
Fungsinya hampir sama dengan arang.kemampuan menyerap air terlalu rendah.Tidak perlu risau untuk kerap menyiram.Ia mempunyai pelbagai warna.
- Batang pokok
Kaedah yang sesuai jika anda ingin menggantung tanaman di luar rumah.Batang pokok yang dipotong boleh di gantung di anjung rumah,pergola atau di bahagian rumah yang lain.Digunakan untuk menanam orkid, pokok,paku-pakis dan yang lainnya.
Kaedah ini mampu menyerap air dan sesuai di gunakan di kawasan tropika.Kelemahannya ia sering di jadika tempat pembiakkan semut.
- Span
sumber ;Majalah Harmoni
gambar;dari taman kecilku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan