Jumaat, 9 September 2011

MEE GORENG

  As-Salam buat semua..
Mee goreng adalah salah satu menu kesukaan anak-anak saya. Mereka selalu makan mee goreng sebagai sarapan untuk ke sekolah atau sebagai makan malam .satu paket mee kuning cukup mereka bertiga.Saya? makan la kalau masih ada yang tinggal.
 Bahan -bahan 
  • 500 gm(1 paket ) mee kuning
  • 100gm sotong
  • 100gm udang
  • 100gm isi ayam-dihiris nipis
  • 50gm isi kerang
  • 2 ulas bawang putih -di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah-di tumbuk
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 pokok sawi/kubis
  • 3 keping tauhu-di goreng garing dan dipotong kiub
  • 1 biji tomato
  • sedikit minyak masak 
  • garam/gula secukup rasa
  • daun bawang/sup untuk hiasan
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk,dan bila naik bau masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  • Masukkan isi ayam ,sotong dan udang.
  • Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika.
  • Apabila mendidih,masukkan mee kuning bersama sos tiram,sos tomato ,sos cili , kicap,tauhu,tomato dan sawi.Kacau hingga sebati.
  • Goreng rata hingga masak dan bolehlah di angkat.Hidang bersama daun bawang /daun sup yang telah di hiris nipis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan