Selasa, 8 Mei 2012

KEK LAPIS JAGUNG


Salam bahagia buat semua..
Salah satu dari resipi kek di majalah yang berjaya saya buat.Walaupun topping kek tidak berapa kemas tapi ia tidak merubah rasanya yang sedap!.
Kek span yang dilapisi krim putar dan jagung krim.Enak bangat!.

KEK LAPIS JAGUNG
Sumber:Majalah Keluarga April 2003


Bahan A(kek span)
  • 250 gm.sponge mix vanila
  • 4 biji telur
  • 50 ml.air
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 80 gm.mentega cair
Cara membuat kek span
  • Campurkan semua bahan kecuali mentega dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dan kembang selama 5min.
  • Masukkan mentega dan gaul rata dengan spatula.
  • Masukkan dalam loyang yang beralas berukuran 9inc.dan bakar pada suhu 180'C selama 45 min. bergantung pada oven masing-masing.                                    


Bahan B(filling dan topping)
  • Jagung krim(dalam tin)
  • Whipping krim/krim putar secukupnya
  • Corn kernel (dalam tin)
Cara menghias kek
  • Putar whipping krim hingga kembang.
  • Potong kek span kepada 3 bahagian.
  • Sapu lapisan pertama dengan krim putar dan letakkan jagung krim di seluruh permukaan kek.
  • Ulang melapis sehingga ketiga-tiga lapisan siap.
  • Lapisan atas sekali letakkan krim putar di seluruh permukaan kek dan hiaskan dengan corn kernel ataupun hias mengikut kreativiti masing-masing.
*Saya membuat 2 lapisan kek sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan