Rabu, 31 Julai 2013

NASI TOMATO


As-Salam buat semua...
Hidangan Nasi tomato untuk berbuka puasa di buat setelah saya terjumpa resepinya kat dapur Zalinah Rempah- ratus.Nasi tomato ini sedap di makan dengan Ayam masak merah ataupun Kurma ayam.Berselera sungguh anak-anak makan nasi ni sebab rasanya agak sedap juga bila di gandingkan dengan lauk ayam.Jom kita tengok resepinya.

NASI TOMATO
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan
4 cawan beras Basmati - rendam 20 minit dan toskan
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 pokok daun ketumbar - hiris
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
4 sudu besar tomato puri
3 besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
Garam secukupnya      saya gantikan dengan kiub pati ayam


Bahan dihiris halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk letrik di atas dapur.
  • Tumiskan rempah tumis, daun pandan daun ketumbar dan bahan yang dikisar hingga layu.
  • Masukkan air, susu cair, tomato puri,kiub pati ayam dan sos tomato. Kacau rata.
  • Masukkan beras, daun pandan dan garam.Angkat periuk letrik dari dapur dan masak nasi dalam periuk letrik seperti biasa.
  • Angkat penutup dan masukkan kismis. Gaul dan tutup balik. Biar sebentar.Sedia untuk di hidangkan.
  • Taburkan dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Selasa, 30 Julai 2013

NEKBAT

As-Salam buat semua...

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti baulu tetapi tawar dan lebih keras.
Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan sebati sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan.Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.-Wikipedia
Ia adalah kuih kesukaan my bodyguard,bulan puasa ni dah buat beberapa kali atas permintaannya.Biasanya saya akan membeli Nekbat kering yang berwarna oren terang kemudian di sira sendiri.Sudah tentunya saya kurangkan sedikit sukatan gulanya berbanding yang di siap di jual kerana ia amat manis.Sedap di makan sejuk.

SIRA AIR GULA
Resepi:saji on- line 

Bahan-bahan
2 cawan air
10 sudu besar gula pasir    sukatan gula ikut kesukaan masing-masing
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat 
3 biji bunga cengkih   saya tambah

Cara membuatnya.
  • Masukkan air , gula ,bunga cengkih dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
  • Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang(sebentar sahaja) kerana ia menyerap air gula
  • Angkat dan sejukkan.

Isnin, 29 Julai 2013

SIAKAP KUKUS JUS LIMAU

 As-Salam buat semua...
Sebelum ni kalau makan kat luar saya selalu saja order Ikan Siakap Kukus Jus Limau yang sedap di tambah pula dengan rasa limaunya yang membuka selera.Kali ini nak buat sendiri pula,makan dengan nasi air atau nasi putih,sedap sungguh rasanya.Semasa sedang taipkan entri ni pun terasa -rasa ingin memakannya sebab kita kan sedang berpuasa!..  he..hee.

IKAN SIAKAP JUS LIMAU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-buang sisiknya
1 cm halia-racik halus
3 ulas bawang putih-cincang
1 batang serai-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
beberapa helai daun limau purut-racik halus
2 sudu besar jus limau nipis
4 biji cili padi-potong halus
sos ikan secukup rasa
1 kiub pati ayam/stok ayam pekat Maggi
1 sudu teh gula
3 keping cendawan-potong nipis
hirisan daun ketumbar siam dan daun bawang
sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah

Cara membuatnya
  • Gosok ikan dengan lada sulah dan sedikit serbuk lada hitam,biarkan selama 20 minit.
  • Kelarkan sedikit badan ikan supaya ia masak lebih cepat dan letakkan dalam pinggan tahan panas.Sementara itu,panaskan kukusan.
Sediakan bahan untuk sos ikan
  • Campurkan halia,bawang putih, serai,daun limau purut,sos tiram,sos plum,jus limau nipis,sos ikan secukup rasa,pati ayam,sedikit hirisan daun ketumbar siam dan daun bawang serta gula dan gaul sebati bersama 1/2 cawan air.
  • Curahkan ke atas ikan tadi dan taburkan cili padi dan cendawan hiris .
  • Bila air kukusan telah mendidih,masukkan ikan dan kukus hingga masak.Ikan di anggap masak bila isinya menjadi kenyal dan matanya bertukar warna putih.
  • Bila sudah masak,angkat dan taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 28 Julai 2013

PUDING KARAMEL FEQAH

 As-Salam buat semua..
Puding karamel yang enak ini di buat untuk berbuka puasa.Mula-mula nak makan sepotong,lepas tu sepotong lagi dan lagi!.bangun tengah malam makan lagi...kalau di simpan lama-lama dalam peti sejuk dan di makan ketika sejuk lagi sedap.Sesuai sangat untuk di buat hidangan pemanis mulut semasa berbuka.Kebanyakkan juadah yang di postkan dalam entri bulan ni adalah hidangan berbuka di rumah kerana saya jarang membeli di luar.

PUDING KARAMEL FEQAH
Resepi:SrsFeqah.Fotopages.com

Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara membuatnya:

  • Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
  • Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
  • Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
  • Kukus 20 minit hingga masak.
Tips membuat puding karamel
Sumber:Resepi Noraini
  • Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
  • Setelah gula hangus cair dan berwarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
  • Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
  • Telur dan susu dikisar hingga sebati.
  • Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
  • Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Sabtu, 27 Julai 2013

AIR KELAPA SIRAP

As-Salam buat semua..
Kebetulannya dalam bulan puasa ni,buah kelapa madu di belakang rumah sedang lebat berbuah.Pokoknya rendah dan buahnya boleh di ambil dengan tangan sahaja.Untuk minuman berbuka puasa petang semalam saya buat minuman ringkas ini.Sungguh sejuk dan menyegarkan.

AIR KELAPA SIRAP
Resepi:Hotel MS Garden,Kuantan

Bahan-bahan
50 gm isi kelapa muda
250 ml.air kelapa
1 sudu besar sirap ros
2 sudu besar air gula pandan
ketulan ais

Cara menyediakan
  • Tuangkan air kelapa ke dalam gelas.
  • Masukkan 1 sudu besar sirap ros dan air gula,bancuh hingga sebati.
  • Masukkan pula isi kelapa dan ketulan ais
  • Sejukkan sebentar sebelum di hidangkan.

Khamis, 25 Julai 2013

NASI LEMAK TUMIS


 As-Salam buat semua..
Hidangan berbuka puasa seterusnya ialah Nasi lemak tumis yang resepinya dari blog Cik Manggis yang saya jumpa kat dapur Amie.Pinjam resepi kejap ye!.Selalu benar buat Nasi lemak,tapi tak pernah cuba buat pula versi tumis ni.Kena dengan selera Azim yang amat suka dengan nasi lemak,sampai bertambah dua kali.Bulan puasa ni nampak badannya makin tembam pula!

NASI LEMAK TUMIS
Sumber:Jom masak,Jom makan-Cik Manggis

Bahan-bahan:
3 cawan beras Basmathi
3 3/4 cawan air
1/3 cawan santan-jika suka lebih lemak,boleh tambahkan santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit-jika inginkan nasi berwarna kuning
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh biji halba
2 helai daun pandan
1 batang serai-di ketuk
minyak jagung untuk menumis    saya guna minyak Canola

Cara membuatnya
  • Bawang merah,bawang putih di mayang halus .
  • Beras di cuci bersih dan direndam selama 20 minit.Kemudian toskan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang yang di mayang hingga wangi.Kemudian masukkan halba.
  • Masukkan beras dan gaul hinga rata baru masukkan air,santan,garam,daun pandan,serbuk kunyit(jika suka) dan serai.
  • Tanak nasi hingga masak.
**Nasi lemak tumis ini di hidangkan bersama sambal tumis,ikan bilis goreng,sambal udang, telur rebus,ayam goreng,ikan bilis goreng ,timun dan daun salad.

Rabu, 24 Julai 2013

CENDOL AIS KRIM SAGU

As-Salam buat semua..
Di bulan puasa ni terasa nyamannya tekak ketika menghirup cendol yang sejuk-sejuk dan di tambah pula dengan rasanya yang lemak manis.Terasa hilang dahaga.Cendol boleh di pelbagaikan hidangannya seperti di campurkan ke dalam minuman,dessert dan kek.Kalau kreatif mengolah cendol,kita boleh menghasilkan variasi cendol yang enak!

CENDOL AIS KRIM SAGU
Resepi:Chef Affzainizam Ali

Bahan-bahan
160 ml.santan
30 gm.cendol
40 ml.air gula melaka
80 gm.sagu 
1 cedok ais krim vanila
ais kisar

Cara membuatnya
  • Campurkan santan,cendol dan air gula melaka ke dalam bekas bersama ais kisar.
  • Kemudian letakkan ais krim dan sagu.
  • Sedia untuk di hidangkan.sedapnya.... 

Isnin, 22 Julai 2013

SPAGHETTI GORENG SOSEJ

 As-Salam buat semua..
Petang semalam makan pasta goreng.Menu dah jadi macam -macam dah sebab dah tak tau nak makan apa buat berbuka.Makan yang ringkas sekali -sekala sedap juga.Badan pun tak rasa berat sangat lepas berbuka.Letak sosej bukan main banyak lagi sampai pasta pun tenggelam bawah timbunan sosej!..

SPAGHETTI GORENG SOSEJ
Resepi:Zalinah@Rempah ratus.

Bahan-bahan
250 gm spaghetti
200 gm daging cincang
1/2 bii capsicum merah-hiris
1/2 biji capsicum hijau-hiris
10 batang sosej-dipotong  
1 pokok daun ketumbar/bawang
sedikit bawang goreng
2 biji bawang merah-cincang
4 ulas bawang putih -cincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati daging
1/2 biji tomato   saya tambah
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya
  • Rebus spaghetti hingga masak.Masukkan sedikit mentega/minyak dan toskan.Ketepikan.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar,goreng sebentar dan tambahkan sos cili.Sos tomato dan kiub daging.
  • Masukkan daging cincang dan sosej.Kacau rata.Masukkan spaghetti dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan capsicum dan gaul rata.tambahkan bawang goreng dan daun ketumbar.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 21 Julai 2013

JANTUNG PISANG GORENG


As-Salam buat semua...

Tak pernah pula saya makan jantung pisang yang di goreng sebelum ini.Selalunya di buat kerabu atau di buat masakan lain.Sedap juga bila di goreng begini dan di makan dengan nasi putih dan ikan goreng sebagai menu makanan tengahari sebelum puasa hari tu.Nama resepi asalnya Jantung pisang goreng rangup tapi yang saya buat ni tak rangup pula bila di goreng jadi saya tak letaklah perkataaan rangup tu ..hee..he.Rasanya kalau di gaul dengan tepung terlebih dahulu mungkin ia akan jadi rangup.

JANTUNG PISANG GORENG
Resepi:Along Roz@Home Kreation

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1 sudu teh serbuk kunyit
garam    saya ganti dengan 1 kiub pati ayam

Cara membuatnya
  • Jantung pisang di belah dua,ambil bahagian yang lembut sahaja(bahagian tengah)
  • Potong halus dan gaul bersama dengan serbuk kunyit dan kiub pati ayam.
  • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga rangup.
  • Angkat dan toskan minyak.Hidangkan bersama nasi dan lauk sampingan yang lain.


Sabtu, 20 Julai 2013

SALAD PELANGI

 As-Salam buat semua..
Saya entrikan satu lagi idea dessert untuk berbuka puasa.Biasa la saya ni, hari-hari cari resepi baru kerana saya jarang membeli kuih yang di jual.Dari resepi minuman jus,dessert dan puding serta juadah berbuka biasanya saya masak sendiri dan setakat ini saya masih berkesempatan untuk menyediakan sendiri di dapur di sepanjang Ramadhan ini.Alhamdulillah...

SALAD PELANGI
Resepi:Dear Nestle/Good food,Good life

Bahan-bahan
150 gm yogurt campuran beri Nestle
100 gm yogurt asli Nestle
150 gm epal merah-dadu
150 gm. pisang-dadu
100 gm betik-dadu
100 gm anggur hijau tanpa biji 
100 gm pic dalam tin,toskan dan dadu
75 gm.kurma tanpa biji

Cara membuatnya
  • Campurkan kedua-dua yogurt dalam mangkuk salad
  • Gaulkan dengan bahan-bahan yang di potong dengan campuran yogurt tadi.
  • Hidangkan sejuk.
** penggunaan buahan di dalam resepi ini bergantung kepada pilihan masing-masing .

Jumaat, 19 Julai 2013

JUS OREN MADU


As-Salam buat semua...
Minuman penghilang dahaga saya petang semalam adalah Jus oren madu.Resepi minuman yang mudah dan ringkas ini di buat untuk berbuka puasa.Sedap di minum sejuk kerana  rasanya menyegarkan.

JUS OREN MADU
Resepi:Hotel MS Garden,Kuantan

Bahan-bahan
1 biji oren sunkist
1 sudu besar madu
250 ml.air
ketulan ais

Cara membuatnya 
  • Buah oren di buang kulitnya,kemudian di kisar.Tapiskan airnya.
  • Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan madu.Kacau rata.
  • Akhir sekali,masukkan ketulan ais dan sejukkan.

Khamis, 18 Julai 2013

ASAM PEDAS KEPALA IKAN

 As-Salam buat semua...
Masak asam pedas pula kali ini.Di dalam resepi ini saya menggunakan hanya kepala ikan sahaja.Kepala ikan yang di gunakan ialah Ikan Gerut.Ikan ini bersaiz lebar serta besar dan mempunyai isi yang banyak.Tambah pula di letakkan daun kesum,lagi membangkitkan aromanya.Nama resepi asalnya Asam pedas Ikan mayong

ASAM PEDAS KEPALA IKAN
Resepi asal:www.tiffinbiru.com/CMG.thanks

Bahan-bahan
2 kepingan kepala ikan -belah dua
Sawi jeruk secukupnya- tak letak
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
minyak utk menumis

Bahan kisar halus
5 biji bawang merah, hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih- hiris
3 biji buah keras- hiris
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
10 biji halba
2 keping hirisan lengkuas

Cara membuatnya
  • Ikan diperap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit,kemudian cuci bersih dan toskan.Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan rendam.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk/kisar halus hingga harum.Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak.Guna api sederhana dan kacau selalu.
  • Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan),biar mendidih.
  • Tambah sawi jeruk (tos dan perah) dan ikan.Kacau perlahan dan biar mendidih.Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.Kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air.
  • Masak sekejap, rasa dan jika menepati selera boleh matikan api. Hidangkan.

Rabu, 17 Julai 2013

ROJAK BUAH


As-Salam buat semua...
Di bulan puasa ini kalau sekali-sekala buat Rojak buah sedap juga di makan selepas berbuka.Buah-buahan yang ada dalam peti sejuk lambat pula habis jika tidak di buat jus ataupun Rojak buah.Kalau buat macam ni cepat pula habisnya!.

ROJAK BUAH
Resepi:Dear nestle-Good food,Good life.

Bahan A
1 1/2 sudu besar pes cili
1/4 air asam jawa cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram Maggi
1 sudu besar sos Hoisin 
1/2 sudu teh serbuk belacan Maggi
1/2 sudu teh kicap pekat Maggi
50 gm. kacang yang di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
1 sudu besar bijan di goreng tanpa minyak

Bahan B
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji jambu batu-buang biji
1 biji sengkuang kecil
1/2 biji betik muda
1 biji mangga 

Cara membuatnya
  • Semua buah-buahan di potong baji.
  • Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak dengan api kecil sehingga gula larut dan sos menjadi pekat sedikit.
  • Gaulkan kacang tumbuk dan bijan ke dalamnya.
  • Padamkan api dan biar sos menjadi sejuk.
  • Apabila menghidang,siram sos ke atas bahan B (buahan) dan gaul rata.
  • Hidangkan dengan serta- merta.

Ahad, 14 Julai 2013

MURTABAK MINI KULIT POPIA


As-Salam buat semua..
Hari ini saya akan kembali bertugas semula setelah menghabiskan cuti selama enam hari di rumah.Banyak juga kerja-kerja rumah yang dah settle kalau bercuti tu.Dari hari pertama puasa hingga petang semalam,main masak-masak la setiap petang.Salah satunya saya buat Murtabak mini kulit popia.Jumpa resepi yang mudah ni kat dapur Izah Daut.My bodyguard tanya,murtabak beli kat mana?..hee..he dia tak percaya murtabak ni saya yang buat!...

MURTABAK MINI KULIT POPIA
Resepi :Minami 133@My Resepi
Sumber:Izah Daut

Bahan-bahan
100 gm.daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji telur
garam secukup rasa
gula    saya tambah
kulit popia secukupnya
daun sup
minyak  

Cara membuatnya
Inti murtabak
  • Potong dadu bawang besar dan cincang halus bawang putih.Kemudian tumiskan hingga naik baunya.
  • Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air.Goreng sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging cincang dan kentang yang telah di potong dadu dan sedikit air.
  • Bila semua bahan hampir masak,masukkan garam dan gula secukup rasa ataupun serbuk perasa jika suka.
  • Jika terlalu kering,tambahkan sedikit air.Akhir sekali masukkan daun sup.Bila semua rasa sudah sesuai,bolehlah di angkat.
  • Pukul telur didalam mangkuk,masukkan inti murtabak ke dalam telur.Kacau sehingga bergaul sebati.
Cara membungkus murtabak
  • ambil sehelai kulit popia dan letakkan intinya di tengah-tengah. Lipat tepi kiri dan kanan kemudian lipat lagi atas dan bawah membentuk empat segi kecil.Saya gamkan hujungkan dengan bancuhan tepung gandum dan air.Buatlah sehingga inti habis.
  • Dengan menggunakan sedikit minyak,goreng murtabak sehingga garing di kedua-dua belah dengan api yang perlahan.
  • Bolehlah di hidangkan dengan kuah pencicahnya iaitu cuka bawang.



CUKA BAWANG
Resepi:Noorsha

Bahan-bahan

1 biji bawang besar-hiris nipis
1/6 cawan cuka/secukupnya
1/2 cawan air panas
sedikit garam dan gula
sedikit pewarna merah

Cara membuatnya
Campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk dan kacau rata.Biar mesra semua rasa lebih kurang 15 minit sebelum di hidangkan dengan murtabak.

Sabtu, 13 Julai 2013

NESTUM FLOAT

 As-Salam buat semua...
Minuman yang mengenyangkan untuk berbuka puasa.Sedapnya bila di minum sejuk-sejuk.Awal-awal pagi lagi saya  dah sediakan air ni,kemudian letak dalam peti sejuk,time berbuka tu dah rasa sejuknya.Resepinya adalah dari En.Amrol Hisham daripada Restoran Permata Senibong ,Johor yang tersiar di dalam Majalah Rasa edisi Ramadhan.

NESTUM FLOAT
Dicuba oleh:suzanazamri.blogspot

Bahan-bahan
3 sudu makan nestum
100 ml.air
2 sudu makan air gula
2 sudu makan susu pekat
1 skop ais krim coklat
sedikit ketulan ais

Cara membuatnya
  • Satukan air bersama nestum dan air gula dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan susu pekat dan kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam gelas bersama ketulan ais.
  • Akhir sekali,skopkan ais krim ke atasnya dan sedia untuk di minum.

Jumaat, 12 Julai 2013

NASI MANDHI


 As-Salam buat semua...
Saya cuba buat Nasi Mandhi ini setelah terasa sedapnya nasi ini pada pertama kalinya makan di restoren makanan arab.Walaupun tidak sesedap seperti yang di makan di restoren itu tapi saya berpuas hati akhirnya saya dapat makan Nasi Mandhi yang di buat sendiri.Ia di makan bersama Ayam bakar mandhi,sos pencicah ayam dan ulaman pilihan.Saya hidangkan nasi Mandhi ini bersama salsa tomato dan timun.Pada kali pertama membuatnya, nasi lembik sedikit kerana terlebih sukatan air sudah....

NASI MANDHI
Resepi:Blog resepiraidah.Tq!

Bahan-bahan
4 cawan beras Basmathi
3 sudu besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya-tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar-hiris halus
3 ulas bawang putih -hiris halus
1 inci halis-hiris halus
1/3 cawan kismis

Rempah tumis-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis,bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  • Masukkan kismis,goreng sebentar dan masukkan air dan biarkan mendididih.
  • Bila mendidih,padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.Masukkan beras dan garam secukup rasa,kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering,buat lubang di tengah nasi dan letakkan aluminium foil.Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah di bakar.
  • Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  • Titiskan 2-3 titik pewarna kuning,kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
 AYAM BAKAR NASI MANDHI
Resepi.blog resepiraidah

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa   kalau tiada ganti dengan rempah campuran/serbuk kari
2 biji bawang besar-hiris bulat
2 biji lemon -hiris bulat
sedikit pewarna kuning/saffron
garam secukup rasa
aluminium foil

Cara membuatnya
  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah,garam dan pewarna kuning.perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dengan aluminium foil.Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon di atas foil tadi.
  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut.Tutup ayam dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 250'C selama 1 jam.Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air.Selepas 45/ 50 minit, buka foil dan keluarkan air di dalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, boleh di campurkan dengan saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Sos
1 biji tomato - hiris
5 biji cili besar hijau/merah(nak pedas tambah lagi) - hiris
1 tangkai batang ketumbar - dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon
Cara membuatnya
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

 SALSA TOMATO DAN TIMUN
Resepi:Gee-hut.blogspot.Tq!

Bahan-bahan
1/2 batang timun-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1/2 labu bawang besar -hiris nipis
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
air perahan lemon/limau kasturi
garam dan gula secukupnya
1 tangkai daun pudina   tak letak
1/2 Sudu teh serbuk lada hitam  saya tambah
 
Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Rasa masam dan manisnya.Jika suka pedas boleh tambahkan sedikit serbuk lada hitam.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit supaya rasanya lebih sebati.

Khamis, 11 Julai 2013

KEK OREO SUSU



As-Salam buat semua..
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak hari yang ke-2. Beberapa hari tidak bersiaran kerana talian internet sedang membaik pulih pencawangnya.Lewat malam tadi semuanya sudah pulih dan saya mendapat siaran dengan cepat dan pantas sekali.
Buka puasa dengan apa ya kawan-kawan semua?.Semalam saya masak Nasi Ayam dan hari ini masak Nasi Mandhi pula.Biasanya kami berbuka puasa dengan menu yang di request oleh budak berdua tu.Kita turut saja.Ok..entri hari ini adalah Kek Oreo Susu yang saya buat pada minggu lepas.macam biasa la siaran tertunggak!.

KEK OREO SUSU
Resepi:Mommy Ryan's kitchen.Tq..

Bahan-bahan
5 biji telur
250 gm mentega
1 cawan gula   saya letak 1/2 cawan
1 tin susu pekat manis    saya letak 3/4 tin
1 cawan susu tepung
1 paket biskut oreo-di kisar halus
1 sudu teh esen vanila  
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan ovalette

Cara membuatnya
  • Alaskan loyang dengan baking paper dan griskan mentega.Panaskan periuk kukusan.
  • Pukul mntega dan gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung yang telah di ayak terlebih dahulu dan pukul rata.
  • Kemudian masukkan susu pekat manis,esen vanila dan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
  • Akhir sekali kaup-balikkan biskut oreo yang telah di kisar tadi ke dalam adunan kek.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Sabtu, 6 Julai 2013

SOLOK IKAN



As-Salam buat semua..
Solok ikan adalah salah satu dari makanan tradisi Negeri Kelantan.Ia biasanya di makan bersama Nasi kerabu ataupun boleh saja di makan bersama nasi putih bersama lauk pauk lain.Biasanya saya akan membuat Solok ikan  sebagai salah satu juadah yang di gabungkan dengan 'kawan-kawan' Nasi kerabu yang lain di dalam bulan puasa.Solok ikan yang di buat sendiri lebih puas di makan kerana ia mengikut citarasa kita sendiri.
                                               Solok ikan sebelum di goreng

SOLOK IKAN
Resepi:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah
2 batang serai
1/2 sudu teh biji lada hitam
1 cawankelapa parut putih 

daun kesom secukupnya
garam dan gula
2 sudu besar kerisik kelapa
2 biji cili padi-potong halus(pilihan)

Cara membuatnya


  • Ikan kembung di buangkan tulangnya dengan berhati-hati . Kikis isinya,buang semua tulangnya cuma tinggalkan kulit ikan dan kepalanya sahaja dan isinya ditumbuk.Ketepikan.
  • Tumbuk biji lada hitam dan masukkan bawang,gula  dan tumbuk lagi hingga bawang hancur.Tambahkan kelapa parut sedikit demi sedikit dan tumbuk bersama sehingga semuanya bergaul rata.
  • Masukkan kedalam bekas dan gaulkan bersama isi ikan ,daun kesum yang telah di potong halus,garam dan  cili padi jika suka pedas.
  • Bila semuanya sudah bergaul rata dan secukup rasa ,bolehlah di sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik-cantik macam ikan .
  • Goreng di atas api sederhana sehingga garing di kedua-dua belah.Toskan minyaknya dan bolehlah di hidangkan.

Jumaat, 5 Julai 2013

STRAWBERRY YOGURT PUDDING

As-Salam buat semua.. 

STRAWBERRY YOGURT PUDDING
Resepi:Home Sweet Home ummizaihadi-thanks
 
Bahan-bahan
250g plain yogurt
150g strawberry
50-60 gm gula halus
5 gm gelatin
3 sudu besar air 
Cara membuatnya
  • Campur gelatin dengan air.Ketepikan.
  • Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
  • Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat.
  • Masukkan gelatin ke dalam adunan yogurt dan kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan.
*Nota: Boleh juga dibuat dengan buah-buahan lain seperti mangga atau pisang.)

Rabu, 3 Julai 2013

BISKUT MOMEN INDAH

 As-Salam buat semua..
Buat biskut bukan untuk di makan pada hari raya tetapi untuk di makan sebelum puasa.Time beginilah baru biskut ni sangat laku dan laju sahaja habisnya.Abang yang tengah suka sangat makan biskut samada biskut yang di beli ataupun biskut yang saya buat.Dia la yang tukang habiskan semua biskut-biskut.Biskut pula hangit la sikit ,leka sangat duk depan komputer.He..he macam biasa...

BISKUT MOMEN INDAH
Resepi:Majalah Keluarga

Bahan-bahan
100 gm tepung gandum
50 gm gula kastor
100 gm marjerin
100 gm oat

Cara membuatnya
  • Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan uli sedikit hingga jadi doh.
  • Terapkan ikut bentuk kegemaran dan susun di atas dulang pembakar.
  • Sapu kuning telur dan taburkan sedikit oat.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit atau hingga kekuningan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Isnin, 1 Julai 2013

AYAM DALAM SOS LAICI

 As-salam buat semua..
Selamat bertemu kembali di dapur yang sekarang ni jarang-jarang saya sempat masuk.Alasannya tentulahlah sibuk.Entah apa yang saya sibukkan tak tahu la.Setiap hari sibuk sahaja dengan urusan dunia yang tak habis-habis!.Masakan ayam kali ini resepinya adalah dari Dear Nestle resepi sihat.Sedap juga ayam bila di gabungkan dengan laici,rasanya manis-manis begitu.

AYAM DALAM SOS LAICI
Resepi:www.Nestle.com/Dear nestle

Bahan-bahan
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh halia yang di hiris
400 gm dada ayam-di hiris

Bahan A
150 ml.sirap laici
2 sudu besar air
1 sudu besar sos tomato Maggi
2 1/2 stok ayam pekat Maggi
1 sudu teh tepung jagung
sedikit lada sulah

12 biji laici
1 biji lada benggala hijau- di hiris
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji cili merah-buang biji dan di hiris
daun salad untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan halia sehingga berwarna perang keemasan.
  • Masukkan daging ayam dan goreng selama dua minit.
  • Tambahkan bahan A dan masak sehingga sos jadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan laici,lada benggala,bawang dan cili merah,padamkan api.
  • Hiaskan dengan daun salad.