Rabu, 18 Disember 2013

KEK MARBLE

 As-Salam buat semua...
Kek marble adalah kek yang menggunakan marjerin dan di buat berwarna-warni untuk kelihatan lebih menarik lagi.Rasanya tidak memuakkan dan amat lembut sekali.Bagi saya ia adalah kek yang mudah untuk di sediakan dan cepat laku di rumah ini.Resepinya adalah dari blog Kak Yah.Izinkan saya kongsi resepi ini di dapur saya pula.

KEK MARBLE
Sumber:dapurkakyah.blogspot.tq!

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1 cawan gula kastor   saya letak 3/4 cawan
1 cawan marjerin
1 suud teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
pewarna merah dan hijau

Ccara membuatnya
  • Panaskan oven ke suhu 180' C.Ayakkan tepung gandum,tepung jagung bersama baking powder.
  • Putar gula dan marjerin hingga kembang.Masukkan telur satu-persatu dan putar lagi hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila.Tambahkan tepung,putar lagi dengan kelajuan sederhana.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Tambahkan sedikit pewarna mengikut kesukaan satu bahagian di biarkan kosong.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan marjerin dan di alas dengan kertas kek secara  berselang-seli sehingga habis.
  • Bakar dalam oven yang telah di panaskan tadi dengan suhu 180'C selama 45 minit atau sehinga masak bergantung pada oven masing-masing.
**Jika oven anda mempunyai api atas dan bawah,seperti biasa gunakan api bawah dahulu dan bila berbaki masa membakar 30 minit barulah guna api atas dan bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan