Rabu, 21 Januari 2015

CHOCO CHEESE MUFFIN

 As-Salam buat semua..
Semalam buat muffin lagi, kali ini letak cheese pula.Gabungan rasa coklat dan cheese kena pula pada selera anak-anak.Sekejap sahaja dah habis.Muffin soft sahaja dan tidak merekah seperti yang biasa saya buat.Mungkin sebab penggunaan cheese menjadikan ia gebu sikit.Let's try baking..

CHOCO CHEESE MUFFIN
Sumber:~Di Sini Segalanya Bermula~ thanks

Bahan-bahan
140 gm choco cips
100 gm cream cheese
80 gm mentega
2 biji telur saiz m
60 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.
  • Potong dadu cream cheese dan mentega.
  • Cairkan bersama choco cips dengan kaedah double boiler
  • Bila sudah cair ,angkat dari api dan tambahkan telur dan kacau dengan whisk.Cream cheese jadi ketul-ketul pun tak apa.
  • Tambah gula dan kacau hingga sebati.
  • Ayak tepung bersama baking powder ke dalam adunan dan kacau dengan spatula.
  • Masukkan ke dalam bekas muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.

4 ulasan:

  1. kalau wana pun pantang ja makanan yang ada chez..cepat ja habis..berebut pula tu.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam kak su juga la,mujur tak berebut dengan anak-anak.

      Padam
  2. sis nk tanye law sy pakai coco powder xpakai choc chip bole ke??? kene letak susu or air tak law mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer ganti dengan coklat masakan ataupun serbuk koko.jangan letak air atau susu ye sebab cream cheese dan butter boleh cairkan bahan tu.

      Padam