Selepas buat family day tempoh hari kawan-kawan jemput makan malam penghujung tahun pula.
Kalau dinner lain yang biasa kami hadiri kena sopan-santun bagai sebab ada tetamu VIP tapi dinner yang kami buat sendiri ni,bantai jer gelak sakan time makan.
Tak ada tema apapun,semuanya santai sahaja.
Gelak-gelak,makan-makan dan gelak lagi.
Makan malam ini di adakan di Restoran Thai,Keng Som.Best juga menu yang di sediakan.
Sekali-sekala keluar makan bersama merapatkan silaturrahim di antara kami.
Biasa la bila bertugas tu,sibuk memanjang saja.
Bila dapat keluar bersama macam ni,release stress sikit.
Restoran Thai,Keng Som terletak di Jalan Kebun Sultan,bandar Kota Bharu,Kelantan.Semasa kami sampai waktu itu tidak crowded sangat dengan pelanggan kerana ia hampir di tutup jam 2200.
Sebelum makanan sampai ada appetiser kacang tanah.tuu..saja.
Menunya terdiri dari Ikan Siakap Keng Som,Butter Prawn,Udang celup tepung dengan sos Mae Phranom,Kerabu mangga,Ayam kerabu mangga,Telur dadar,Tom yam merah campur,Sotong celup tepung,Air sirap selasih dan ada beberapa lagi yang saya tak ingat.Not bad..food really taste good!.
Restoran tutup pukul 2200,pukul 2145 baru start makan.Campur dengan ber-hu-ha-hu-ha lagi,mujur tokey tak minta kami keluar.Restoran dah tutup separuh pun kami masih dok wefie lagi.
Semoga tahun depan dapat lagi kami bertemu dan makan beramai macam ni lagi.Bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai dek kerana tugas yang berlainan syif.Tu pun ada bebrapa orang yang tak boleh join kerana bertugas malam.
Kali ini semua gambar-gambar adalah ehsan dari Emee Suhaile.tuu...yang tengah senyum manis, yang merakam semua detik kerana kamera saya habis bateri..
**hidup ini indah jika tahu menghargainya**
❤❤❤❤❤❤
❤❤❤❤❤❤