If you want your life to be a magnificent story ,then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page.
I'm not a chef but I'm passionate about food - the tradition of it, cooking it, sharing it!
As-salam buat semua.. Sementara cuti beberapa hari ini,saya buat Kek Coklat Kukus. Lama-lama tak makan kek coklat rindu pula rasanya. Lagipun ketiga-tiga anak sedang bercuti,cepatlah habis nanti. Let's try buat. KEK COKLAT KUKUS Bahan-bahan 3 biji telur 1 cawan minyak 1 cawan susu cair 1 cawan gula 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko Blend kesemua bahan lebih-kurang 5 minit. Bahan ayak 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking soda 1 sudu teh baking powder Ayak kesemua bahan dan kaup-balik ke dalam adunan yang telah di blend tadi. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh juga di bakar selama 45 minit dengan suhu 180' c bergantung pada oven masing-masing. Topping Coklat ganache Coklat Kit Kat Bites dan Kit Kat Bar Mini oreo Almond Nibs
Assalam buat semua.. Cuaca sejuk sedang melanda Kota Bharu sekarang ni. Perut pun asyik lapar sahaja. Kerabu maggi ni buat petang semalam sebab tak nak ulang makan berat pada waktu lewat petang. Let's try masak. KERABU MAGGI Bahan-bahan 2 paket maggi 1 paket kecil filamen ketam 15 ekor udang kecil daun ketumbar siam 1 biji cili merah-hiris halus sos ikan secukup rasa hirisan lemon perahan jus limau nipis Cara membuatnya
Assalam buat semua.. Hari cuti dari bertugas. Saya main masak-masak hari ini. Buat Biskut Famous Amos yang rangup dan sedap ni Dah banyak resepi saya cuba,yang ni pun best juga. Mula-mula nak makan sekeping Pastu makan 23456 keping ! Resepi dari Moshi Bella/Senangnya Masak FB Let's try baking
FAMOUS AMOS COOKIES Bahan A 1/4 cawan gula kastor 1/2 cawan gula perang saya letak 1/3 cawan 1/2 cawan mentega 1/2 cawan minyak jagung 1 biji telur gred B 1/2 sudu besar susu segar/susu tepung 1/2 sudu kecil esen vanilla Bahan B(di ayak) 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu kecil cream of tartar/jus lemon/cuka 1 cawan coklat cip walnut,almond cincang Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan A dan kacau hingga sebati.
Masukkan bahan B dan gaul rata.
Bakar dalam oven pada suhu 160'c selama 15- 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Assalam buat semua.. Saya try buat puding biskut kerana bahan-bahannya mudah sahaja. Hanya 3 bahan di perlukan. Sekejap sahaja dan siap.Sedap di makan sejuk-sejuk. Resepi dari Try masak.com Let's try buat PUDING BISKUT Bahan-bahan 10 keping biskut jagung/biskut lain 1/2 cawan susu pekat 2 biji telur Hiasan ceri merah,hijau dan kismis/optional Cara membuaynya.
Mula-mula rendamkan biskut sehingga lembut.Toskan airnya
Kisar telur dan susu pekat sehingga sebati.
Masukkan biskut tadi dan kisar lagi.
Masukkan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak.
Jika ingin letak hiasan,kukus separuh masak baru di tabur bahan hiasan.