Isnin, 15 Januari 2018

KERABU MAGGI

Assalam buat semua..
Cuaca sejuk sedang melanda Kota Bharu sekarang ni.
Perut pun asyik lapar sahaja.
Kerabu maggi ni buat petang semalam sebab tak nak ulang makan berat pada waktu lewat petang.
Let's try masak.

KERABU MAGGI

Bahan-bahan
2 paket maggi
1 paket kecil filamen ketam
15 ekor udang kecil
daun ketumbar siam
1 biji cili merah-hiris halus
sos ikan secukup rasa
hirisan lemon
perahan jus limau nipis

Cara membuatnya

  • Celur maggi,udang dan filamen ketam.Toskan.
  • Hiris daun ketumbar dan cili merah.
  • Potong filamen ketam dan buang kulit udang.
  • Gaul kesemua bahan biar rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan