Rabu, 30 September 2026

RENDANG AYAM

Assalam buat semua..
Hari ini masih bercuti hari ke-2 semoena Keputeraan Sultan Muhammad ke-V
Kalau esok Sambung cuti dapat lah 5 hari terus sampai Sabtu
Tapi saya tak ambil cuti dan kembali bertugas seperti biasa esok.
Dua hari ini saya ambil peluang untuk 'healing' sambil masak-masak di dapur
Rendang ayam ni saya buat untuk makan dengan pulut kuning
Let's try buat

RENDANG AYAM

Bahan kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai

2 sudu besar cili kering kisar
1 ekor ayam
1 kitak kecik santan
1 paket kecik kerisik
4 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit-2 helai dihiris halus
Gula,garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kering sampai pecah minyak.
Masukkan 1 sudu gula,biarkan jangan kacau
Agak cili sudah merah,baru kacau rata
Masukkan ayam,gaul rata dan biarkan seketika
Masukkan Santan dan sedikit air,gaul rata
Masukkan sehelai daun kunyit yang dicarik dan daun limau purut
Sesuaikan rasanya dan biarkan ia masak dengan perlahan sehingga kuah sedikit pekat
Bila masak,taburkan hirisan daun kunyit.

Khamis, 24 September 2026

KEK COKLAT MOIST


 Assalam buat semua..
Saya suka buat Kek Coklat tapi bukan seorang Chocolate lover.
Resepi ni di Tik Tok Apa kau Rasa
Kredit untuk pemilik resepi
Tekstur kek lembut dan moist
Tidak manis sangat
Toppingnya tidak menggunakan resepi asal tapi saya tukar ke resepi topping yang lain.
Untuk adunan ini guna loyang 7x7
Saya buat untuk dua adunan guna loyang saiz 12
Let's try baking

KEK COKLAT MOIST

Bahan kering
1 cawan tepung gandum(130gm)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk Koko(50gm.)
1/2 sudu teh instant coffee

Bahan basah
1 cawan  minyak sayur(190gm.)
1 cawan buttermilk(235ml.)

Homemade buttermilk
1 cawan susu 
2 sudu makan cuka atau jus lemon

1/4 cawan susu pekat manis(75gm.)
4 biji telur B
1 sudu teh esen vanilla
50 gm gula kastor
50 gm.gula perang

Cara membuatnya
Dalam mangkuk adunan campurkan semua bahan basah dan kacau dengan whisk hingga gula larut dan adunan bergaul rata.
Ayak semua bahan kering 
Masukkan ke dalam adunan dan kacau perlahan guna whisk.
Alas loyang dan masukkan adunan kek
Bakar dalam oven dengan suhu 150'C selama 40-45 minit hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Bila masak sejukkan dahulu

Bahan topping
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk Koko

Campurkan kesemuanya dan kacau rata
Masak hingga agak pekat sambil di kacau
Jika ingin lebih pekat,sejukkan didalam peti sejuk sebentar

Curah diatas kek rata-rata
Saya tabur serbuk biskut dan hirisan Strawbery diatas kek.