Assalam buat semua..
Sup Telur ini mudah dan ringkas sahaja tapi rasanya sedap
Mesti lah sedap sebab dibuat sendiri kan..
Kalau masa badan tidak berapa sihat dan tiada selera makan,boleh lah cuba buat Sup telur ini
Let's try masak
SUP TELUR
Bahan
4 biji telur ayam
4 ulas bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih,-dihiris
1 kiub pati ikan bilis
2 biji cili padi-diketuk
3 biji tomato ceri
Cendawan hitam
Daun sup
Bawang goreng
Fucuk
Cara membuatnya
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hiris hingga naik baunya
2.Masukkan cili padi dan tambah air secukupnya
3.Masukkan kiub ayam,fucuk,cendawan hitam dan biarkan hingga mendidih
4.Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan masukkan perlahan- lahan kedalam kuah.Masukkan tomato ceri
5.Tambah garam dan sesuaikan rasanya.
6.Boleh lah diangkat dan tabur daun sup serta bawang goreng