Isnin, 23 September 2024

MINI BUN PIZZA


Assalam buat semua..
Hari ini saya pulang awal dari tempat bertugas
Selepas solat Asar,masuk dapur main masak-masak.
Roti dibeli dari kedai roti dan menggunakan lebihan inti karipap,inti wantan dan buah epal kiub.
Let's try buat

MINI PIZZA BUN
Bahan
10 biji roti bun mini

Tekan mini bun dengan gelas kecil di tengah-tengah dan akan membentuk lubang
Isikan dengan inti pilihan
Saya guna
-inti kentang letak separuh biji anggur dan parut cheese diatasnya
-inti ayam paipkan mayonis dan letak potongan keju slices
-inti epal kiub letak coklat cip,butter,susu pekat dan keju parut

Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 150'c api atas bawah selama 5 minit.
Kemudian tukar ke api atas sahaja selama 10 minit atau sehingga kelihatan sedikit perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan