Ahad, 8 Mac 2026

EGG DROP SOUP

Assalam buat semua..
Hidangan menu sahur 18 Ramadan
Dah kurang semua selera makan,saya buat menu berkuah dan makan panas-panas masa sahur.
Nampak berselera juga,Syurga2 saya makan sahur pagi ini.
Resepi mudah dan ringkas ini kredit untuk KA
Let's try buat

EGG DROP SOUP

Bahan
1 biji Tofu telur
4 biji telur- dikacau
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang merah-hiris
2 kiub pati ayam
3 batang Crab stik -hiris memanjang
3 biji cendawan-hiris
4 cawan air
1/2 biji karot-dadu kecil
3 sudu tepung jagung larutkan dengan 3 sudu air
1 sudu minyak bijan
1 sudu gula
1 sudu lada putih

Untuk tabur
Daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya
(A)Goreng Tofu
Salut Tofu dengan tepung jagung
Panaskan minyak dan goreng hingga Tofu perang keemasan.
Ketepikan

(B)Tumis bahan
Buang sedikit minyak lebihan goreng tadi,tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau/wangi.
Tambahkan air,kiub pati ayam dan karot
Rebus hingga lobak lembut

(C)Pekatkan kuah
Kecilkan api,tuang telur perlahan-lahan sambil di kacau lembut untuk hasilkan bentuk bertali.
Masukkan bancuhan tepung jagung

(D)Tambah bahan lain
Masukkan Crab stik,cendawan,lada putih,gula dan minyak bijan.Kacau sebentar

(E)Hidangan
Taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Tip
1.Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk elakkan kuah terlalu pekat

2.Kecilkan api semasa tuang telur untuk elak telur jadi keras.

Selasa, 20 Januari 2026

YONG TAU FU


 Assalam buat semua..
Resepi pertama di tahun 2026
Saya pernah sekali dulu buat Yong Tau Fu.
Kali ini ulang lagi sebab hari-hari dok lintas depan mata,rasa macam teringin pula nak makan
Boleh saja nak beli kat Pasar malam tapi rasa puashati sikit bila buat sendiri,
yang penting boleh menambah!

Yong Tau Fu yang bermaksud Tauhu 
sumbat pada asalnya mengunakan kulit tepung gandum
Bila zaman sudah berubah,macam-macam pula disumbat guna sayuran samada dikukus,celur atau goreng
Intinya boleh guna isi ikan 
Kuah pula ada dua jenis iaitu kuah hitam dan merah
boleh juga dimakan dengan kuah sup
Saya hanya buat kuah merah sahaja pada kali ini

YONG TAU FU

Bahan inti
Isi Ikan tenggiri
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung ubi

Kisar isi ikan bersama semua bawang
Masukkan kedalam mangkuk
Tambah serbuk kada sulah,serbuk lada hitam dan tepung ubi
Gaul rata dan ketepikan

Bahan sayur(pilihan sendiri,)
Terung
Lada hijau
Bendi
Peria
Cendawan Shiitake
Makanan Sejuk beku
Sayur kangkung
Telur puyuh(pilihan)

Bahan kuah
Bawang putih
10 tangkai cili kering
Gula melaka
Tepung jagung
Bijan
Garam gula,perasa
Kacang tumbuk(pilihan)

Cara membuatnya
Belah sayur bendi,cili hijau,keluarkan biji
Peria potong bulat,keluarkan biji dan rendam sekejap dalam air bercampur garam untuk buang pahit.
Terung potong serong sederhana tebal dan belah tengah jangan sampai putus
Sumbat kesemuanya dengan isi Ikan sampai habis
Kukus sekejap dan hanya terung digoreng
Sayur kangkung dan makanan sejuk beku di celur

Kuah
Lada kering digoreng dengan sedikit minyak hingga garing
Toskan dan kisar dengan bawang putih
Masukkan kedalam periuk tambah gula melaka dan air secukupnya
Masak hingga mendidih,tambah tepung jagung,garam,gula dan perasa ikut citarasa sendiri.
Boleh tambah bijan dalam kuah

Bila menghidang
Potong sayuran,letak kuah dan tabur kacang jika suka