Assalam buat semua..
Resepi pertama di tahun 2026
Saya pernah sekali dulu buat Yong Tau Fu.
Kali ini ulang lagi sebab hari-hari dok lintas depan mata,rasa macam teringin pula nak makan
Boleh saja nak beli kat Pasar malam tapi rasa puashati sikit bila buat sendiri,
yang penting boleh menambah!
Yong Tau Fu yang bermaksud Tauhu
sumbat pada asalnya mengunakan kulit tepung gandum
Bila zaman sudah berubah,macam-macam pula disumbat guna sayuran samada dikukus,celur atau goreng
Intinya boleh guna isi ikan
Kuah pula ada dua jenis iaitu kuah hitam dan merah
boleh juga dimakan dengan kuah sup
Saya hanya buat kuah merah sahaja pada kali ini
YONG TAU FU
Bahan inti
Isi Ikan tenggiri
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung ubi
Kisar isi ikan bersama semua bawang
Masukkan kedalam mangkuk
Tambah serbuk kada sulah,serbuk lada hitam dan tepung ubi
Gaul rata dan ketepikan
Bahan sayur(pilihan sendiri,)
Terung
Lada hijau
Bendi
Peria
Cendawan Shiitake
Makanan Sejuk beku
Sayur kangkung
Telur puyuh(pilihan)
Bahan kuah
Bawang putih
10 tangkai cili kering
Gula melaka
Tepung jagung
Bijan
Garam gula,perasa
Kacang tumbuk(pilihan)
Cara membuatnya
Belah sayur bendi,cili hijau,keluarkan biji
Peria potong bulat,keluarkan biji dan rendam sekejap dalam air bercampur garam untuk buang pahit.
Terung potong serong sederhana tebal dan belah tengah jangan sampai putus
Sumbat kesemuanya dengan isi Ikan sampai habis
Kukus sekejap dan hanya terung digoreng
Sayur kangkung dan makanan sejuk beku di celur
Kuah
Lada kering digoreng dengan sedikit minyak hingga garing
Toskan dan kisar dengan bawang putih
Masukkan kedalam periuk tambah gula melaka dan air secukupnya
Masak hingga mendidih,tambah tepung jagung,garam,gula dan perasa ikut citarasa sendiri.
Boleh tambah bijan dalam kuah
Bila menghidang
Potong sayuran,letak kuah dan tabur kacang jika suka


Tiada ulasan:
Catat Ulasan