Selasa, 11 Oktober 2011

MASAK LEMAK TIMUN


Masak lemak timun campur ikan rebus sungguh berselera bila di makan dengan nasi dan ikan kering goreng.Biasanya ikan rebus yang di masukkan ke dalam kuah sayur, saya tidak menumbuknya dengan halus,supaya apabila di makan masih ternampak ikannya.Dulu-dulu kalau arwah emak buat,dia tak bagi letak bawang putih,tapi sekarang saya masukkan juga.
Masak lemak putih ini juga boleh di campur lobak merah,terung,kacang panjang dan tauhu.
MASAK LEMAK TIMUN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 batang timun
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • garam/gula
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 ekor ikan rebus 
  • 2 biji lada hijau besar
Cara membuatnya
  • Basuh timun dan belah dua serta di potong menyerong.
  • Tumbuk bawang dengan lada hitam dan masukkan kedalam periuk.
  • Buang tulang ikan rebus dan tumbuk lalu di masukkan bersama bawang tadi.
  • Campurkan santan dengan air ikut kepekatan yang di ingini dan masak semuanya hingga santan hampir mendidih.
  • Masukkan timun dan lada hijau, tambahkan garam/gula secukup rasa.Kuah sayur perlu di kacau sekali-sekala.Bila sayur hampir masak,bolehlah di angkat.
  • Masak lemak tidak boleh di biarkan lama atas api kerana takut santan pecah minyak/over cooked dan masakan tidak sedap.

Isnin, 10 Oktober 2011

TAUHU POKET

Kat dalam peti sejuk ada 10 keping tauhu yang belum di masak.Tauhu basah tidak boleh di simpan lama-lama takut berkulat pula.Nak beli sikit tak boleh,yang dah siap di pack cuma RM2.50  kat TESCO.Kita pun buat tauhu poket ni supaya cepat makan dan cepat habis!.

TAUHU POKET
Bahan-bahan
  • 10 keping tauhu
  • 100gm.udang - dadu
  • 1 biji bawang besar-dadu
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 batang karot-parut
  • 1 pokok daun ketumbar-hiris
  • 100gm.isi ayam cincang
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • sedikit gula /sos tiram/garam-jika perlu


 Cara membuatnya
  • Tauhu di goreng garing dan di potong dua.Korek keluar isinya dan hancurkan dengan garfu.Ketepikan.
  • Tumis bawang dadu dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan udang,ayam cincang,pati ikan bilis,sos tiram,isi tauhu,gula (sebagai perasa) dan tumiskan hingga masak.
  • Gaul hingga rata dan tambahkan daun ketumbar.Bolehlah di angkat.
  • Masukkan /sumbat bahan isi ke dalam tauhu.Bolehlah di makan bersama sos cili/mayones
*Resipi ini telah di olah oleh saya dari resipi asal-Che Iza.Tq kerana sudi berkongsi.
Sumber:http://noorsha.blogspot.com/thanks
K

SEINDAH AURORA BOREALIS

Aurora Borealis di kenali juga sebagai 'Northen light' adalah jaluran  kehijauan yang sesekali muncul di Artik dan Antartika pada latitude tinggi.

SEINDAH AURORA BOREALIS-
KARYA:KAMAL SUJAK-Cyberjaya,Selangor

Yang aku ingati adalah dikau,
saat jaluran cahaya itu,
menari-nari di dada langit,
menyinari dingin malam Alaska.

Malam di pergunungan sepi ini,
Tidak mampu membekukan hatiku,
Daripada terus merasai wujud mu,
Dimana-mana dalam diriku.

Bukan jaluran cahaya utara itu,
Yang ku nanti penuh debar disini,
Andai kau tahu saat ini,
segunung sepi  membeku di jiwaku.

Sehari lagi tanpa cinta mu,
Tak terdaya aku melangkah sendiri,
merenung jaluran itu
membenamkan,
Rinduku di hati.

Dalam dingin beku itu,
Cahaya hijau terliuk-liuk,
Memancar sinar pada lanskap
malam,
Di tengah pancaran cahaya,
Serba ungu kemerahan,
Tersedar aku tentang sesuatu,
Hanya bersamamu yang aku
mahu! 

Gambar:Cik Google



Ahad, 9 Oktober 2011

NASI GORENG PATTAYA










Nasi Goreng Pattaya ku telah mengalami sedikit kebakaran sebab tu nampak hangit sikit.Letaklah juga ya kat sini.Takkan nak tulis resipi dan nak ambil gambar orang lain pula.Lupa pula nak bedah sikit supaya nampak nasinya.

NASI GORENG PATTAYA

Bahan-bahan
  • 4 mangkuk nasi putih
  • 2 sudu besar bawangmerah
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 1 dada ayam -di potong kecil
  • udang-di buang kulit
  • 3 helai daun kubis-di potong kecil
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos ikan@garam
  • 3 sudu besar planta
  • 2 biji telur -di pukul sedikit(campur dlm.nasi).
  • 2 biji telur-utk di buat dadar.
Cara membuatnya
  • Panaskan kuali dan masukkan planta.
  • Tumis bawang hingga naik baunya.Masukkan sos tiram,sos lada hitam.
  • Masukkan dada ayam,udang dan goreng hingga masak.Tambahkan telur.
  • Masukkan nasi dan tambahkan kubis dan sayur campur.
  • Perasakan dengan sos ikan dan gaul rata nasi.
  • Goreng hingga nasi masak dan ketepikan.
Cara membalut nasi.(silap-silap boleh berterabur nasi kalau tak pro.)
  • Pukul 2 biji telur lagi utk .di buat dadar nipis.
  • Dalam kuali lain/kuali sama ,masukkan telur dan buat dadar.
  • Ambil nasi dan padatkan dalam mangkuk kemudian telangkupkan atas telut dadar tadi.
  • Lipat telur menutupi nasi.Letakkan pinggan besar di atas telur yang dilipat tadi .
  • Angkat kuali dan telangkupkan di atas pinggan.Sudah siap..jom makan !
*4 mangkuk nasi boleh menghasilkan 3 pinggan nasi  pattaya.

    PULUT KUNING


    Saya cuba buat pulut kuning ini selepas Mr.Azim minta buatkan.Itupun dia sorang yang makan ,mujur pula dua orang lagi tu sibuk dok buat kerja masing-masing.Kalau tidak mesti semua dok pandang bekas saja sebab tak cukup.Lain kali kita buat lebih sikit supaya semua orang dapat makan.Biasanya pulut kuning di makan dengan rendang,tapi hari tu saya makan dengan Sambal Ikan Bilis dan Ikan Rebus goreng.Sedap juga...Azim?cicah pulut kuning dengan gula aje..

    PULUT KUNING.
    Bahan-bahan
    • 1 kg.beras pulut
    • 2 gelas santan pekat
    • 2 sdt.serbuk kunyit
    • garam/gula secukup rasa
    • 1 keping asam gelugor
    Cara membuatnya
    • Basuh bersih beras pulut.
    • Rendam beras pulut selama 2-3 jam bersama serbuk kunyit dan asam gelugor.Kemudian toskan.
    • Panaskan pengukus dan kukus beras pulut sehingga naik wap/masak.
    • Angkat dari pengukus dan masukkan pulut yang telah kukus ke dalam bekas.
    • Tambahkan santan pekat yang telah di campur garam , gula dan gaul rata.
    • Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus sekali lagi hingga naik wap/masak.

    • Tip memasak pulut kuning
    • Rendamkan pulut semalaman supaya elok kembangnya.Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa,agar pulut kelihatan berkilat setelah di masak.
    • Untuk mengelak pulut cepat basi,perah santan menggunakan air suam.Kemudian panaskan santan dengan garam.Tetapi jangan sampai mendidih.
    • Didihkan kukusan terlebih dahulu.Untuk mendapatkan pulut yang wangi,siat-siatkan daun pandan sebelum di tanak pulut atau di kukus.
    • Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas,agar tidak melekat
    Sumber:Majalah Saji                                    
























        Sabtu, 8 Oktober 2011

        TIRAMISU

         TIRAMISU-silap-silap boleh histeria sebab sedap sangat!
        Dessert yang satu ini boleh membuat lidah kita sentiasa cuba untuk memakannya(bagi orang yang suka la).Berlapis dengan biskut'saxoiardi' /lady's finger yang rendam dalam larutan kopi dan di susun serta di lapisi adunan krim putar serta keju Mascarphone yang lembut dan kemudiannya di sejukkan.Aroma kopi dan coklat yang harum membuai lidah untuk menikmatinya.
        Sesuai dengan namanya,Tiramisu merupakan dessert atau sajian pencuci mulut dari Itali.Erti tiramisu adalah' pull me up'.Ini adalah kerana ia perlu di ambil dengan senduk/sudu untuk memakannya.Pada bahagian atasnya pula di taburi serbuk koko.
        Ini dia resipinya:

        Bahan-bahan
        •  Biskut Lady,s Finger(guna kek gulung)
        • 250gm.cream cheese(guna Philadephia)
        • 200gm.whipping cream
        • 100 gm.gula kastor(ikut manis masing-masing)
        • 1 cawan bancuhan nescafe
        • serbuk koko secukupnya
        • hiasan -terpulang pada kreativiti.
        Cara membuatnya
        • Pukul cream cheese,whipping cream dan gula hingga kembang.(saya menambah 1/2 cawan yogurt ke dalam adunan).
        • Potong dan susun kek dalam bekas sesuai . Renjis kek dengan air nescafe.Ratakan adunan cream cheese di atas kek.
        • Ayak rata serbuk koko diatas adunan cream cheese
        • Ulang melapis 2-3 lapis.Lapisan atas sekali di tabur serbuk koko.Boleh juga di letak coklat parut.
        • Simpan dalam peti sejuk-2 jam .Jom'pull me up'!
        *Serbuk koko biasanya di tabur ketika hendak makan/menghidang utk.tetamu

        Jumaat, 7 Oktober 2011

        BLUEBERRY CHEESE TART

        Dah lama saya cuba nak buat Bluebery Cheese Tart ini.Lagipun blueberry filling dalam peti es tu dah lama tertunggu-tungu orang bawak dia keluar.Kalau kita tak cuba sampai bila pun kita tak akan tahu sesuatu pembaharuan.Kalau dah cuba bolehlah cakap sedap ke tidak.Kalau sedap boleh buat lagi ,kalau tak sedap tak buat dah .Blueberry cheese tart ni tak jadi pun sedap!.dah terhangit sikit,biasa la kalau tengah baking tu, dok meng'update' depan komputer.Dah teralit pulak...

        Blueberry cheese tart
        Bahan tart crust/shell
        • 170 gm.marjerin
        • 50gm.gula aising
        • 1 biji telur gred C
        • 290 gm .tepung gandum
        • 1 sdt.esen vanila
        Cara membuatnya
        • Putar marjerin dan gula menggunakan senduk kayu.Jangan putar lama sangat.
        • Masukkan telur dan esen vanila.Putar lagi dengan senduk kayu.
        • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung gandum bergantung kepada kelembutan doh.
        • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.Cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
        • Bakar pada suhu 170'c sehingga masak.
        .*Jika guna telur gred B,buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan  crust menjadi keras sangat.

        Cream cheese filling
        • 250gm.cream cheese
        • 50gm.gula kastor
        • 1 biji telur saiz B
        • 1 sdt.esen vanila/esen lemon
        Cara membuatnya
        • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
        • Masukkan telur dan esen vanila dan putar lagi.
        • Masukkan filling ke dalam kulit tat.
        • Tuang cream cheese ke atasnya.Bakar selama 5 min. pada suhu170'C.Sentuh cream cheese dengan hujung jari.Jika tidak melekat,maknanya telah masak .Jika tidak bakar dalam seminit lagi.
        *Filling-blueberi,strawberi,kiwi,oren dll.
        • Isikan filling di dasar crust.Picitkan adunan cream cheese ke atas filling tadi.
        • Utk.melorek-ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan sedikit pewarna dan kacau rata ,kemudian lorekkan diatas adunan cream cheese.
        Tip utk.dapatkan cheese tart yang gebu.
        • Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku.
        • Keluarkan cream cheese 30-40 min.sebelum di gunakan .Jangan biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
        • Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag, utk.memudahkan proses  mengisi adunan ke dalam crust.
        • Picitkan crust adunan hingga penuh-hingga sampai ke bahagian sisi.
        Sumber;Azitakitchen.blogspot

        PUDING KARAMEL KOKTEL


        Puding karamel koktel rasanya amat sedap sekali.Lapisan bawahnya adalah karamel manakala lapisan atasnya kristal jelly yang di tambah buah koktel .Sangat sedap bila di makan sejuk-sejuk.
        Gambar di bawah adalah Puding karamel sebelum di letakkan kristal jelly.

        PUDING KARAMEL KOKTEL
        Sumber:dari dapur

        Bahan untuk karamel( lapisan bawah)
        • 4 biji telur
        • 1 tin susu cair
        • 1 cawan gula
        • 1 cawan air panas
        • 1 sudu besar tepung jagung
        • 1/2 cawan susu pekat
        • 1 sdt.esen vanila
        • sedikit garam
        Cara membuat karamel
        • Panaskan gula hingga cair dan bertukar kewarna perang dengan api sederhana.
        • Padamkan api dan masukkan air panas.Buka semula api dan panaskan hingga karamel cair sepenuhnya.Sejukkan.

        • Panaskan pengukus .
        • Sementara itu pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan whisker.
        • Masukkan susu cair,susu pekat ,sedikit garam ,tepung jagung dan esen vanila .Kacau sebati.
        • Tuang ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi.
        • kukus sehingga masak dan sejukkan.

          Bahan  untuk lapisan atas

        • 1 kotak kristal jelly-perisa strawberi atau apa-apa perisa pilihan sendiri.
        • 1 tin buah koktel
        Cara membuatnya
        • Masakkan kristal jelly mengikut arahan pada kotak.
        • Taburkan buah koktel di atas permukaan puding karamel tadi.Curahkan kristal jelly di atas buah koktel.
        • Sejukkan sebentar baru di masukkan kedalam peti sejuk.Jom makan!

        Khamis, 6 Oktober 2011

        TELUR MASIN



        Telur masin dalam gambar hampir kena makan!.itu sahaja yang masih tinggal untuk di ambil gambar ,mujur sempat culik sekejap untuk di snap.Kalau tidak dah habis..
        Telur masin merujuk kepada telur yang di awet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya.Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik.Ini adalah kerana kuningnya yang lebih besar,tetapi telur ayam turut juga di jadikan telur masin.
        Telur masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan.Telur-telur di simpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut di jual selepas telur di dalamnya habis di gunakan-Dari Wikipedia.

        TELUR MASIN
        Sumber:daridapursuzana
        Bahan-bahan
        • 15 biji telur itik
        • 15 sudu besar garam kasar(sebiji telur utk.1sdb.garam)
        • air secukupnya
        Cara membuatnya
        • Basuh telur itik dengan span dan toskan.
        • Didihkan air,masukkan garam dan kacau hingga semua garam larut sepenuhnya.
        • Angkat dan sejukkan air garam.
        • Masukkan air garam yang telah sejuk kedalam balang plastik/kaca dan masukkan telur.
        • Pastikan semua telur tenggelam di bawah permukaan air dan tutup bekas rapat-rapat.
        • Simpan di luar(jangan letak dalam peti ais)
        • Selepas 3-4 minggu bolehlah di rebus dan di makan.

          ZIARAH ORANG SAKIT

          ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT.
            • Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan tersebut boleh menganggunya.
            •  Zahirkan rasa simpati kepadanya seolah -olah kita juga merasa sebagaimana yang di rasainya dan cuba untuk menghiburkan hatinya.
            • Ketika berada disisinya,hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya (mahram shj.),kemudian letakkan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya. 
            • Hendaklah kita doakan agar pesakit tersebut cepat sembuh dengan menyebut"semoga Allah sembuhkan.....(sebut namanya).
            • Ceritakan tentang kelebihan yang di alami oleh para sahabat , Rasul,Nabi dan juga orang yang beriman  supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesihatan yang di alami olehnya.
            • Berikan nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan "Sabarlah,sakit ini adalah ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketaqwaan seseorang terhadap Allah dan daripada sakit ini juga seseorang itu memperolehi ganjaran yang banyak dan penebus kepada dosa.
            • Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama seperti penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit.
            • Bawalah buah tangan untuk menghiburkan hati pesakit.
            • Jangan makan makanan yang di hadiahkan kepada pesakit atau makanan yang telah di sediakan untuknya.
            • Sesuaikan waktu ziarah.Jangan berziarah setiap hari kecuali pesakit yang menghendaki demikian tetapi seelok-eloknya selang sehari.
            • Sunat di bacakan doa untuknya.
            Sumber:Unit Hal Ehwal Islam,HUSM Kubang Kerian ,Kelantan.

            Gambar:Cik Google