Rabu, 31 Julai 2013

NASI TOMATO


As-Salam buat semua...
Hidangan Nasi tomato untuk berbuka puasa di buat setelah saya terjumpa resepinya kat dapur Zalinah Rempah- ratus.Nasi tomato ini sedap di makan dengan Ayam masak merah ataupun Kurma ayam.Berselera sungguh anak-anak makan nasi ni sebab rasanya agak sedap juga bila di gandingkan dengan lauk ayam.Jom kita tengok resepinya.

NASI TOMATO
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan
4 cawan beras Basmati - rendam 20 minit dan toskan
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 pokok daun ketumbar - hiris
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
4 sudu besar tomato puri
3 besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
Garam secukupnya      saya gantikan dengan kiub pati ayam


Bahan dihiris halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk letrik di atas dapur.
  • Tumiskan rempah tumis, daun pandan daun ketumbar dan bahan yang dikisar hingga layu.
  • Masukkan air, susu cair, tomato puri,kiub pati ayam dan sos tomato. Kacau rata.
  • Masukkan beras, daun pandan dan garam.Angkat periuk letrik dari dapur dan masak nasi dalam periuk letrik seperti biasa.
  • Angkat penutup dan masukkan kismis. Gaul dan tutup balik. Biar sebentar.Sedia untuk di hidangkan.
  • Taburkan dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Selasa, 30 Julai 2013

NEKBAT

As-Salam buat semua...

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti baulu tetapi tawar dan lebih keras.
Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan sebati sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan.Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.-Wikipedia
Ia adalah kuih kesukaan my bodyguard,bulan puasa ni dah buat beberapa kali atas permintaannya.Biasanya saya akan membeli Nekbat kering yang berwarna oren terang kemudian di sira sendiri.Sudah tentunya saya kurangkan sedikit sukatan gulanya berbanding yang di siap di jual kerana ia amat manis.Sedap di makan sejuk.

SIRA AIR GULA
Resepi:saji on- line 

Bahan-bahan
2 cawan air
10 sudu besar gula pasir    sukatan gula ikut kesukaan masing-masing
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat 
3 biji bunga cengkih   saya tambah

Cara membuatnya.
  • Masukkan air , gula ,bunga cengkih dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
  • Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang(sebentar sahaja) kerana ia menyerap air gula
  • Angkat dan sejukkan.

Isnin, 29 Julai 2013

SIAKAP KUKUS JUS LIMAU

 As-Salam buat semua...
Sebelum ni kalau makan kat luar saya selalu saja order Ikan Siakap Kukus Jus Limau yang sedap di tambah pula dengan rasa limaunya yang membuka selera.Kali ini nak buat sendiri pula,makan dengan nasi air atau nasi putih,sedap sungguh rasanya.Semasa sedang taipkan entri ni pun terasa -rasa ingin memakannya sebab kita kan sedang berpuasa!..  he..hee.

IKAN SIAKAP JUS LIMAU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-buang sisiknya
1 cm halia-racik halus
3 ulas bawang putih-cincang
1 batang serai-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
beberapa helai daun limau purut-racik halus
2 sudu besar jus limau nipis
4 biji cili padi-potong halus
sos ikan secukup rasa
1 kiub pati ayam/stok ayam pekat Maggi
1 sudu teh gula
3 keping cendawan-potong nipis
hirisan daun ketumbar siam dan daun bawang
sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah

Cara membuatnya
  • Gosok ikan dengan lada sulah dan sedikit serbuk lada hitam,biarkan selama 20 minit.
  • Kelarkan sedikit badan ikan supaya ia masak lebih cepat dan letakkan dalam pinggan tahan panas.Sementara itu,panaskan kukusan.
Sediakan bahan untuk sos ikan
  • Campurkan halia,bawang putih, serai,daun limau purut,sos tiram,sos plum,jus limau nipis,sos ikan secukup rasa,pati ayam,sedikit hirisan daun ketumbar siam dan daun bawang serta gula dan gaul sebati bersama 1/2 cawan air.
  • Curahkan ke atas ikan tadi dan taburkan cili padi dan cendawan hiris .
  • Bila air kukusan telah mendidih,masukkan ikan dan kukus hingga masak.Ikan di anggap masak bila isinya menjadi kenyal dan matanya bertukar warna putih.
  • Bila sudah masak,angkat dan taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 28 Julai 2013

PUDING KARAMEL FEQAH

 As-Salam buat semua..
Puding karamel yang enak ini di buat untuk berbuka puasa.Mula-mula nak makan sepotong,lepas tu sepotong lagi dan lagi!.bangun tengah malam makan lagi...kalau di simpan lama-lama dalam peti sejuk dan di makan ketika sejuk lagi sedap.Sesuai sangat untuk di buat hidangan pemanis mulut semasa berbuka.Kebanyakkan juadah yang di postkan dalam entri bulan ni adalah hidangan berbuka di rumah kerana saya jarang membeli di luar.

PUDING KARAMEL FEQAH
Resepi:SrsFeqah.Fotopages.com

Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara membuatnya:

  • Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
  • Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
  • Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
  • Kukus 20 minit hingga masak.
Tips membuat puding karamel
Sumber:Resepi Noraini
  • Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
  • Setelah gula hangus cair dan berwarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
  • Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
  • Telur dan susu dikisar hingga sebati.
  • Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
  • Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Sabtu, 27 Julai 2013

AIR KELAPA SIRAP

As-Salam buat semua..
Kebetulannya dalam bulan puasa ni,buah kelapa madu di belakang rumah sedang lebat berbuah.Pokoknya rendah dan buahnya boleh di ambil dengan tangan sahaja.Untuk minuman berbuka puasa petang semalam saya buat minuman ringkas ini.Sungguh sejuk dan menyegarkan.

AIR KELAPA SIRAP
Resepi:Hotel MS Garden,Kuantan

Bahan-bahan
50 gm isi kelapa muda
250 ml.air kelapa
1 sudu besar sirap ros
2 sudu besar air gula pandan
ketulan ais

Cara menyediakan
  • Tuangkan air kelapa ke dalam gelas.
  • Masukkan 1 sudu besar sirap ros dan air gula,bancuh hingga sebati.
  • Masukkan pula isi kelapa dan ketulan ais
  • Sejukkan sebentar sebelum di hidangkan.

Khamis, 25 Julai 2013

NASI LEMAK TUMIS


 As-Salam buat semua..
Hidangan berbuka puasa seterusnya ialah Nasi lemak tumis yang resepinya dari blog Cik Manggis yang saya jumpa kat dapur Amie.Pinjam resepi kejap ye!.Selalu benar buat Nasi lemak,tapi tak pernah cuba buat pula versi tumis ni.Kena dengan selera Azim yang amat suka dengan nasi lemak,sampai bertambah dua kali.Bulan puasa ni nampak badannya makin tembam pula!

NASI LEMAK TUMIS
Sumber:Jom masak,Jom makan-Cik Manggis

Bahan-bahan:
3 cawan beras Basmathi
3 3/4 cawan air
1/3 cawan santan-jika suka lebih lemak,boleh tambahkan santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit-jika inginkan nasi berwarna kuning
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh biji halba
2 helai daun pandan
1 batang serai-di ketuk
minyak jagung untuk menumis    saya guna minyak Canola

Cara membuatnya
  • Bawang merah,bawang putih di mayang halus .
  • Beras di cuci bersih dan direndam selama 20 minit.Kemudian toskan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang yang di mayang hingga wangi.Kemudian masukkan halba.
  • Masukkan beras dan gaul hinga rata baru masukkan air,santan,garam,daun pandan,serbuk kunyit(jika suka) dan serai.
  • Tanak nasi hingga masak.
**Nasi lemak tumis ini di hidangkan bersama sambal tumis,ikan bilis goreng,sambal udang, telur rebus,ayam goreng,ikan bilis goreng ,timun dan daun salad.

Rabu, 24 Julai 2013

CENDOL AIS KRIM SAGU

As-Salam buat semua..
Di bulan puasa ni terasa nyamannya tekak ketika menghirup cendol yang sejuk-sejuk dan di tambah pula dengan rasanya yang lemak manis.Terasa hilang dahaga.Cendol boleh di pelbagaikan hidangannya seperti di campurkan ke dalam minuman,dessert dan kek.Kalau kreatif mengolah cendol,kita boleh menghasilkan variasi cendol yang enak!

CENDOL AIS KRIM SAGU
Resepi:Chef Affzainizam Ali

Bahan-bahan
160 ml.santan
30 gm.cendol
40 ml.air gula melaka
80 gm.sagu 
1 cedok ais krim vanila
ais kisar

Cara membuatnya
  • Campurkan santan,cendol dan air gula melaka ke dalam bekas bersama ais kisar.
  • Kemudian letakkan ais krim dan sagu.
  • Sedia untuk di hidangkan.sedapnya.... 

Isnin, 22 Julai 2013

SPAGHETTI GORENG SOSEJ

 As-Salam buat semua..
Petang semalam makan pasta goreng.Menu dah jadi macam -macam dah sebab dah tak tau nak makan apa buat berbuka.Makan yang ringkas sekali -sekala sedap juga.Badan pun tak rasa berat sangat lepas berbuka.Letak sosej bukan main banyak lagi sampai pasta pun tenggelam bawah timbunan sosej!..

SPAGHETTI GORENG SOSEJ
Resepi:Zalinah@Rempah ratus.

Bahan-bahan
250 gm spaghetti
200 gm daging cincang
1/2 bii capsicum merah-hiris
1/2 biji capsicum hijau-hiris
10 batang sosej-dipotong  
1 pokok daun ketumbar/bawang
sedikit bawang goreng
2 biji bawang merah-cincang
4 ulas bawang putih -cincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati daging
1/2 biji tomato   saya tambah
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya
  • Rebus spaghetti hingga masak.Masukkan sedikit mentega/minyak dan toskan.Ketepikan.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar,goreng sebentar dan tambahkan sos cili.Sos tomato dan kiub daging.
  • Masukkan daging cincang dan sosej.Kacau rata.Masukkan spaghetti dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan capsicum dan gaul rata.tambahkan bawang goreng dan daun ketumbar.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 21 Julai 2013

JANTUNG PISANG GORENG


As-Salam buat semua...

Tak pernah pula saya makan jantung pisang yang di goreng sebelum ini.Selalunya di buat kerabu atau di buat masakan lain.Sedap juga bila di goreng begini dan di makan dengan nasi putih dan ikan goreng sebagai menu makanan tengahari sebelum puasa hari tu.Nama resepi asalnya Jantung pisang goreng rangup tapi yang saya buat ni tak rangup pula bila di goreng jadi saya tak letaklah perkataaan rangup tu ..hee..he.Rasanya kalau di gaul dengan tepung terlebih dahulu mungkin ia akan jadi rangup.

JANTUNG PISANG GORENG
Resepi:Along Roz@Home Kreation

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1 sudu teh serbuk kunyit
garam    saya ganti dengan 1 kiub pati ayam

Cara membuatnya
  • Jantung pisang di belah dua,ambil bahagian yang lembut sahaja(bahagian tengah)
  • Potong halus dan gaul bersama dengan serbuk kunyit dan kiub pati ayam.
  • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga rangup.
  • Angkat dan toskan minyak.Hidangkan bersama nasi dan lauk sampingan yang lain.


Sabtu, 20 Julai 2013

SALAD PELANGI

 As-Salam buat semua..
Saya entrikan satu lagi idea dessert untuk berbuka puasa.Biasa la saya ni, hari-hari cari resepi baru kerana saya jarang membeli kuih yang di jual.Dari resepi minuman jus,dessert dan puding serta juadah berbuka biasanya saya masak sendiri dan setakat ini saya masih berkesempatan untuk menyediakan sendiri di dapur di sepanjang Ramadhan ini.Alhamdulillah...

SALAD PELANGI
Resepi:Dear Nestle/Good food,Good life

Bahan-bahan
150 gm yogurt campuran beri Nestle
100 gm yogurt asli Nestle
150 gm epal merah-dadu
150 gm. pisang-dadu
100 gm betik-dadu
100 gm anggur hijau tanpa biji 
100 gm pic dalam tin,toskan dan dadu
75 gm.kurma tanpa biji

Cara membuatnya
  • Campurkan kedua-dua yogurt dalam mangkuk salad
  • Gaulkan dengan bahan-bahan yang di potong dengan campuran yogurt tadi.
  • Hidangkan sejuk.
** penggunaan buahan di dalam resepi ini bergantung kepada pilihan masing-masing .