Khamis, 30 Julai 2015

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

As-Salam buat semua...
Dah lama saya menanti peluang untuk cuba membuat kek yang sedap ini.Akhirnya pada hari terakhir Ramadhan lepas saya buat juga untuk menyambut hari raya pada keesokannya harinya.Ambil risiko sahaja kerana saya tak pernah lagi membuat kek ini sebelumnya,dan satu lagi buat dalam keadaan badan yang penat sangat kerana menyiapkan juadah lain juga...
Memang ada risikonya kerana kek ini siap pada jam 0100 malam raya sampai saya hilang fokus akibat terlalu letih.Lapisan dalamnya pun tak berapa kemas untuk kek layer coklat.Lepas seminggu baru jumpa kat blog Azlita,cara-cara nak potong kek ini supaya tidak comot.Lain kali kena cuba lagi dalam keadaan yang tenang dan tidak keletihan seperti malam raya itu..Best la gabungan cheese dan coklat ni!..Let's try baking.

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE
Sumber:Damai Qalbu  thanks 

Kek Asas(loyang 9x3 inci)..Saya buat versi square
MOIST CHOCOLATE CAKE 

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder-di ayak bersama
2 cawan gula halus    saya guna 1 1/2 cawan
4 biji telur gred A
250 gm mentega
2 sudu kecil esen vanila

Bahan bancuhan koko(pes coklat)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas 
1/2 cawan susu cair/susu segar

Cara membuatnya
  • Untuk membuat bancuhan koko:masukkan serbuk koko,gula halus dan air panas dalam periuk.Jerang di atas api perlahan,kacau rata sebentar hingga berkilat.
  • Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik .Tuang susu cair, kacau rata dan ketepikan.
  • Sementara itu,pukul rata gula dna entega hinga kembang.
  • Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  • Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  • Masukkan tepung brselang-seli dengan pes coklat tadi dan di gaul hingga rata.
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'c menggunakan api atas bawah.
Coklat ganache(buat sehari awal)
sumber:Cida de Nuanza

Bahan untuk ganache(buat sehari sebelum)
100 gm whipping cream
250 gm dark chocolate
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan.
  • Masak secara double boiler sampai coklat larut
  • Biarkan semalam hingga ganache jadi pekat(boleh di paipkan).

Bahan untuk cream cheese
500 gm cream cheese
250 gm mentega
120 gm gula aising
1 sudu kecil serbuk nescafe(boleh letak lebih ikut citarasa)

Cara membuatnya
Campurkan kesemua bahan kecuali nescafe.Putar sampai sebati dan gebu.
Selepas itu ayakkan nescafe.Sebatikan .

Cara  hias
  • Potong kek kepada empat bahagian.
  • Ambil satu lapisan kek dan letak di atas papan kek.
  • Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag,paipkan ke sekeliling kek(untuk versi bulat).diikuti adunan ganache, berselang-seli hingga habis.
  • Ambil sekeping kek lagi,letak di atasnya dan paipkan adunan cheese dan ganache seperti di atas sampai habis kesemua 4 keping kek.
  • Pada lapisan ke-empat paipkan adunan cheese sahaja ke seluruh kek dan ratakan.
  • Simpan kek di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Salutan ganache
*Masak satu lagi adunan ganache guna resepi tadi.
Tak perlu di biarkan semalaman.Cuma sejukkan ganache selama 15 minit.
Boleh terus tuang di atas kek yang di saluti cheese tadi. 


*Tip memotong kek dari Azlita.Thanks
  • Mula-mula kita panaskan pisau atas api,sebaiknya anda panaskan atas dapur, jangan terlalu panas sampai merah pula pisau tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.
  • Letak pisau atas kek.
  • Tekan pisau ke bawah.
  • Jangan di sorong tarik pisau,tekan terus sampai bawah. 
  • Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar 
  • Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.Ini mengelakkan kek anda comot.

    Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah di panaskan lagi, begitulah seterusnya
    .

Isnin, 27 Julai 2015

PENGAT BUBUR GANDUM

 As-Salam buat semua..
Dalam  tak nak makan manis-manis tu,saya terbuat juga pengat bubur gandum ni.Versi yang saya buat ni sudah dikurangkan manisnya.Macam tu lah hanya tinggal janji sahaja.Lagi pun bukan selalu(memujuk selera) yang sebenarnya teringin!..Let's try masak.

PENGAT BUBUR GANDUM
Sumber:Majalah Saji/Ramunah Mohd Said.thanks.

Bahan-bahan
2 cawan santan
1 ketul gula melaka
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir/ikut manis sendiri
sedikit garam
daun pandan

Cara membuatnya
  • Didihkan air bersama daun pandan dan gula.
  • Sementara itu bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air.Jangan biarkan bancuhan tepung anda cair.
  • Setelah air mendidih,cekup adunan tepung dengan jari dan cucurkan ke dalam air mendidih tadi.Jika ia melekat pada jari anda,celupkan jari ke dalam air.Saya menggunakan piping bag,yang di potong sedikit di hujungnya.
  • Setelah adunan habis,tuangkan santan ,gula melaka dan sedikit garam .
  • Biarkan ia mendidih tapi perlu di kacau sentiasa.

Ahad, 26 Julai 2015

UDANG GORENG MADU

As-Salam buat semua..
Resepi yang mudah dan ringkas ini di buat untuk hidangan makan tengahari.Biasanya saya suka masak resepi udang yang mudah  kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk di masak.Mari kita tengok resepi udang yang mudah di sediakan ini.

UDANG GORENG MADU.
Olahan:dari dapur suzana

Bahan-bahan
300 gm udang
3 ulas bawang putih-hiris nipis
1/2 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar madu
1 biji lada merah-hiris nipis 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit serbuk lada sulah 
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
3 suud besar minyak canola 

Cara membuatnya
  • Bersihkan udang dan gaulkan dengan serbuk lada sulah,serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.Biarkan seketika.
  • Panaskan minyak canola dalam kuali non-stick dan masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan udang,goreng sebentar dan masukkan sos plum,sos cili dan madu.Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan lada merah dan perasakan dengan serbuk cukup rasa.
  • Sedia untuk di hidangkan
  • Bolehlah di angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Jumaat, 24 Julai 2015

Khamis, 23 Julai 2015

MUFFIN COKLAT

As-Salam buat semua..
Muffin ni di buat dalam bulan puasa minggu lepas untuk anak-anak makan selepas berbuka.Mereka bertiga tak makan kuih-muih yang biasa di makan dalam bulan puasa jadi saya buatkan muffin kegemaran mereka.Let's try baking..

MUFFIN COKLAT
Sumber: Dari Dapur Kak Yah  thanks

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
175 gm gula kastor
150 gm coklat rice
250 ml susu cair
90 ml masak/sayur
2 biji telur  gred B (kalau A guna sebiji)
1 sudu teh esen vanila 

Cara membuatnya 
  • Ayak tepung bersama baking powder,soda bikarbonat dan serbuk koko.
  • Selepas itu masukkan gula,susu cair,coklat rice dan minyak masak.Kacau dengan senduk.
  • Pecahkan telur dan pukul dengan garfu.Masukkan ke adunan bersama esen vanila.Kacau rata.
  • Susun kertas kek muffin ke dalam petitin dan masukkan adunan hampir penuh.
  • Bakar dalam ketuhar yang terlebih dahulu di panaskan dengan suhu 160'c-170'c selama 25-30 minit bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan sebelum di letakkan topping  jika suka.
Toping buttercream
Sumber: Duniaku  thanks 

Bahan-bahan
150 gm gula aising -di ayak
150 gm lemak sayuran/shortening
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar
pes coklat emulco

Cara membuatnya
Putar semua bahan dalam mixer dari low speed hingga ke medium speed sahaja hingga kembang.Ini akan mengambil sedikit masa untuk menghasilkan aising yang gebu dan halus teksturnya.
RESEPI KRIM MENTEGA Sumber : Kak Rokiah Krim Mentega@buttercream Icing by AnnaQawina Bahan-Bahan : 150 grm gula icing (ayak) 150 grm lemak sayuran (shortening) 150 grm mentega 1 sdudu kecil esen vanila 2 sudu besar susu segar Cara-cara : Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
RESEPI KRIM MENTEGA Sumber : Kak Rokiah Krim Mentega@buttercream Icing by AnnaQawina Bahan-Bahan : 150 grm gula icing (ayak) 150 grm lemak sayuran (shortening) 150 grm mentega 1 sdudu kecil esen vanila 2 sudu besar susu segar Cara-cara : Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNI

Rabu, 22 Julai 2015

AIDIL FITRI 2015..

As-Salam buat semua..
Syawal ke-5..masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan-rakan blogger tak kira di mana saja anda berada dan juga buat silent reader yang selalu singgah di ruangan ini.Tak lupa juga buat semua kawan-kawan lama yang pernah mengenali saya sebelum ini.Kalau ada salah dan silap harap di maafkan.Tahun ni tak sempat bergambar pada raya pertama kerana tetamu datang sampai ke malam,cuma ada gambar raya ke-dua masa nak balik kampung.Dari raya ke-2 hingga raya ke-5 bawa anak-anak bertemu saudara -mara ..penat tak terkata...

Isnin, 13 Julai 2015

MAKARONI FRUIT SALAD

 As-Salam buat semua..
Kali pertama cuba membuatnya,ia kena dengan selera saya mungkin kerana saya peminat pasta.Kali pertama juga makan pasta perasa manis not bad jugak lah sebab ia sedap.Selalunya makan yang jenis savouri sahaja.Sukatan pula boleh di buat bergantung kepada keperluan kita.Let's try buat..


MAKARONI FRUIT SALAD
Sumber: mybakingworkshop.blogspot. thanks

Bahan-bahan
1 bungkus makaroni
470 ml mayonis
1 kotak cheddar cheese-potong kiub kecil    saya parut 
1/2 tin susu pekat manis 
1 tin buahan campuran-toskan airnya
1 tin nata de coco-toskan airnya
sedikit kismis 
sedikit gajus /kacang panggang

Cara membuatnya
  • Rebus makaroni hingga lembut dan toskan airnya.
  • Dalam mangkuk besar,masukkan semua bahan-bahan yang lain dan gaul sebati.
  • Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.  
  • Sejukkan sebelum di hidangkan.
  • Akhir sekali,saya taburkan cheese parut .

Ahad, 12 Julai 2015

ALMOND LONDON NESTUM

 As-Salam buat semua..
Setiap tahun Biskut Almond London wajib ada dalam senarai biskut raya.Anak-anak saya amat sukakan biskut ni(sebab ada coklat la tu..).Kalau buat,sampai dua-tiga adunan dan diisi dalam balang besar untuk di makan lepas raya nanti.Dalam pada tu dah habis satu bekas biskut ni di makan setiap hari semasa bersahur.Makan la puas-puas,bukan selalu pun saya rajin nak buat biskut ni.Lama sangat proses menyudahkannya..kena hari yang betul-betul bersemangat!.
Selalunya saya buat bergabung dengan serbuk badam tapi kali ini bergabung dengan nestum pula.Let's try baking..

ALMONG LONDON NESTUM
Sumber:cendanakasih.blogspot thanks

Bahan-bahan
250 gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan nestum-kisar halus
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising   saya guna 3/4 cawan
1 biji kuning telur

badam panggang secukupnya
paper cup kecil

Hiasan*saya tidak mengunakan hiasan spt. dalam resepi
coklat masakan
almond nib-di panggang sebentar 

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan kuning telur dan pukul sebentar biar bergaul rata.
  • Masukkan nestum,tepung jagung dan tepung gandum.
  • Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Ambil sedikit doh dan balutkan dengan biji badam,bentukkan bulat atau bujur.
  • Susun dalam loyang pembakar dan buat sehingga habis.(saya skip langkah 4 dalam resepi).
  • Bakar dengan suhu 180'c selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.Sejukkan.
Untuk saduran coklat
  • Cincang coklat masakan dan cairkan  dengan kaedah double-boiler.
  • Celupkan biskut ke dalam coklat cair dan masukkan ke dalam paper cup.Taburkan dengan Almond nib.
  • Biarkan coklat mengeras dalam suhu bilik dan kemudian bolehlah di simpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 11 Julai 2015

AKOK

As-Salam buat semua..
Dulu-dulu saya rasa amat mustahil untuk cuba buat kuih Akok.Bila tengok cara pembuatannya,saya rasa macam rumit sahaja kerana menggunakan cara tradisional di bakar dengan sabut kelapa menggunakan loyang tembaga.Tapi bila jumpa cara buat Akok yang simple ni,nampak macam mudah sahaja.Lepas la untuk di buat makan sendiri..walaupun tak perfect!..

AKOK
Sumber: Dari Dapur Kak Yah  thanks 

Bahan-bahan
5 biji telur
100 ml air
150 gm gula melaka
2 helai daun pandan
200 ml santan pekat
sedikit garam
30 gm tepung gandum

Cara membuatnya
  • Masak air bersama gula melaka,daun pandan dan sedikit garam hingga gula melaka hancur.
  • Angkat dan masukkan santan.Sejukkan .
  • Masukkan kesemuanya ke dalam blender bersama telur dan tepung gandum.Blend sampai berbuih.Tapiskan.
  • Panaskan oven pada suhu 200'c dan panaskan acuan akok(bunga kemboja)atau petitin yang telah kita sapu dan masukkan sedikit minyak masak selama 5 minit.
  • Masukkan adunan separuh penuh dan bakar selama 25-30minit.
  • Akok akan mengembang dan naik tinggi semasa proses pembakaran dan akan turun semula.
  • Masa membakar bergantung pada acuan.Kalau guna petitin untuk hanya sekitar 15 minit sahaja.
  • Bila sudah masak ,keluarkan dari acuan dan sejukkan.