Ahad, 10 Julai 2011

CANTIKKAN LUAR DAN DALAMAN ANDA ..PART 3

Berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha.Tajamkan fikiran dan matangkan pendirian .Usah terlalu banyak berbual kosong tetapi tidak salah atas maksud kemasyarakatan dan kemesraan bersama penduduk setempat.Terlalu diam atau  memencilkan diri akan menyebabkan terpencil dan di pencil.

Seseorang itu di cermin oleh kawannya,kalau baik kawannya maka baik jugalah dia.Begitulah juga sebaliknya.dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda,lebih kurang begini,kalau berkawan dengan penjual minyak  wangi,sedikit sebanyak akan  mendapat bau wanginya.Kalau berkawan dengan tukang besi,jika tidak terbakar baju kita  paling kurang kita akan terasa bahangnya.
Yang paling indah pada penghujung usia ialah kesihatan luar dan dalam .Sihat memberikan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih cantik dan tampan sekiranya dalamnya turut indah dan menawan. 

SUMBER :DR HM TUAH ISKANDAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan