Ahad, 17 Julai 2011

PUPUK SIFAT BERLAPANG DADA

Salah satu ciri-ciri orang cemerlang ialah sifat berlapang dada.Ia mudah dikatakan tetapi sukar di amalkan .Satu perkara yang mesti kita terima ialah bagaimana baik dan mesra pun kita,tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati.Itulah realiti kehidupan yang perlu di akui.Kadangkala kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang di lakukan, lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah  juga di ulang  sebut  berkali -kali.Apa yang boleh kita lakukan?mahu di marah dan di tegur pun tidak bermakna sebab kalau orang sudah tanam dalam fikirannya yang kita ini tidak bagus,tidak elok dan tidak baik maka semuanya di lihat sabagai cacat belaka.oleh itu, tidak perlulah kita fikirkan sangat pasal orang.Lebih baik kita fokus kepada diri kita sendiri.

Tip untuk menanam dan memupuk sifat berlapang dada.
  • Tiada yang kebetulan.
Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini tiada yang kebetulan.Semuanya dengan keizinan,perancangan dan pengetahuan Allah.Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah di sebalik semua itu terkandung seribu hikmah.Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita,meningkatkan darjat kita menyucikan diri kita dari dosa, menambah kebaikkan atas diri kita.Apabila kita yakin semuanya datang dari Allah maka hati kita akan tenang.
  •  Kekal fokus
Usah sekali-kali fitnah,umpatan dan cercaan itu di fikirkan hingga fokus kita pada tugas,tanggungjawab dan matlamat tersasar.Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti  seperti biasa dan biarkan suara-suara kerdil itu tenggelam di telan masa.Sebab kalau kita sibuk melayan karenah manusia maka kita sibukkan diri kita bagi perkara yang tidak membawa hasil.Lebih baik kita fokus pada perkara yang menjadikan kita cemerlang kemudian hari.
  •  Selidik siapa yang berkata-kata itu.
Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab iri hati,cemburu dan sakit hati.Cuba buat penilaian terlebih dahulu.Jika dari orang yang bersembunyi identiti lupakan sahaja.Sebaliknya jika dari seseorang yang profesional, berilmu,terimalah kritikan tersebut bagi memperbaiki  dan meningkatkan diri
  • Bersyukurlah
Orang tidak akan cemburu,memfitnah,menggangu urusan kita kalau kita tidak punya apa-apa kelebihan dan kejayaan  .Orang hanya sedar akan kehadiran kita apabila kita menonjol.Kalau kita sekadar orang biasa-biasa dan tidak punya apa-apa maka tiada siapapun yang ambil peduli.Ini bermakna anda berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya.InsyaAllah satu hari walau di tolak sekalipun anda tidak mampu di tumbangkan lagi.Bersyukurlah.

  • Senyumlah
Apalagi yang kita mampu lakukan selain daripada senyum.Senyumlah sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka itu sebab mereka belum kenal kita.Teruslah senyum,memberi salam dan berbuat baik.Mungkin suatu hari nanti mereka perlukan pertolongan kita.Ketika itu peluang untuk kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.
  • Maafkan semua orang dan doakan mereka.
Ia sesuatu yang sukar di lakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa.Walau orang lontarkan sampah ,doakanlah mereka kebaikkan dan maafkan mereka.Allah akan beri ketenangan jiwa kepada kita.


SUMBER:DR TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
MAJALAH  HARMONI JULAI 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan