Selasa, 26 Julai 2011

TAJ MAHAL

Cerita duka di sebalik Taj Mahal.
Tidak ramai yang tahu,selain menjadi lambang ketulusan cinta seorang suami terhadap isterinya,Taj Mahal sebenarnya juga menyimpan  kisah sedih seorang bapa.Bapa itu ialah Shah Jahan ,maharaja kelima Empayar Mughal.
Taj Mahal bukanlah masjid.Ia sebaliknya makam yang Shah Jahan bina khas untuk isteri kesayangannya,Mumtaz yang cantik,merah pipinya dan berdarah Parsi.Bersama Mumtaz ,Shah Jahan dikurniakan 14 orang anak,tetapi 8 daripadanya meninggal dunia.Mumtaz sendiri meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke -14 itu.
Dari situlah terbinanya Taj Mahal,juga supaya anak-anak dapat melihat kubur ibu mereka itu.Taj mahal di bina dengan penuh keajaiban.Tapaknya dari kayu eboni yang akan menstabilkan makam tersebut daripada gempa bumi.Marmar putihnya diambil dari Rajashtan beratus-ratus km dari Agra,mengunakan lebih seribu ekor gajah.Batu- batu permatanya adalah seperti Turquoise,lapis lazuli,Agate dan Jade.Selepas 22 tahun,dibina di tebing Sungai Yamuna oleh 22,000 orang pekerja,akhirnya siaplah Taj Mahal.Dengan berlatarkan langit membiru,Taj Mahal bagaikan terawang-awang di udara.Apabila di simbah pancaran terik matahari pagi ,marmar putih serta ukiran dan batu-batu berharga yang menghiasinya,bersinar bagaikan cermin.Jika di simbah matahari senja ,ia bertukar menjadi merah berkilau.




Selepas Taj Mahal siap,Shah Jahan mahu membina sebuah lagi Taj Mahal.Kali ini mengunakan marmar hitam pula,di seberang Sungai Yamuna yang di hubungkan oleh sebuah jambatan.Tetapi ketika mula membinanya Shah Jahan jatuh sakit,ketika itu berumur 66 tahun.Puteranya Aurangzeb segera merampas kuasa dan memenjarakan bapanya.Shah Jahan hanya mampu melihat makam isterinya itu dari bilik kurungannya.Beliau di temani oleh puterinya,Shahzadi.Akibat usia tua dan terlalu banyak menangis,mata Shah Jahan akhirnya menjadi kabur dan hampir buta .Shahzadi berasa simpati melihat kedukaan bapanya,lantas beliau menatah batu-batu permata dan kaca agar kilauan dapat menyinari  pandangan bapanya itu.9 tahun selepas itu ,akhinya Shah Jahan meninggal dunia dalam kedukaan dan di semadikan disisi kubur Mumtaz di Taj Mahal....Kisah cinta yang sedih sekali!.
Gambar:Google Image
Di petik dari Majalah Harmoni 15 jun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan