Khamis, 8 September 2011

KENANGAN 1SYAWAL


 Kenangan Syawal yang terindah adalah apabila kita menyambutnya bersama kedua ibubapa kita. Tetapi saya tiada semua itu kerana mereka berdua sudah tiada lagi.Setiap tahun selepas kematian ibu saya  kami menyambutnya secara sederhana sahaja.
 Saya tidak pulang kemana -mana pada 1 Syawal ,hanya beraya di rumah sendiri sahaja.Keluarga En.hubi juga sudah tiada.Semua kejiranan disini pulang ke kampung masing-masing dan yang tinggal hanyalah kami.Tempat pertama yang saya pergi sesudah sembahyang raya adalah ke pusara ibu dan ayah .Pagi-pagi dah sebak di hati sehingga mengalir air mata ini. .
 Sesungguhnya rindu kepada ibubapa yang telah tiada adalah rindu yang tak tertanggung,rindu yang tak pernah terlerai  dan rindu yang tak pernah berkesudahan. Walaupun dah beberapa tahun berlalu tapi masih terasa seperti semalam ibu masih ada- sedang sibuk menjahit baju raya,sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa dan sibuk menyediakan ketupat untuk hari raya.Sekarang ,selepas semuanya tiada ,ketupat dimeja pun sudah tiada lagi.
Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah bahagiakanlah kedua-dua mereka walaupun ketika itu kita sedang dilanda masalah.
Apabila mereka sudah pergi mengadap Illahi ,apapun sudah tiada lagi  dalam hidup kita .Yang tinggal hanyalah kenangan yang sentiasa hadir dalam hati ini.Rindu yang tidak bertepian...semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua ibubapaku, ampunilah  segala dosa kedua-duanya dan tempatkanlah kedua-dua mereka kedalam golongan orang-orang yang beriman .Amin....


Sanak-saudara yang datang berhari -raya.
sekali datang beramai-ramai sampai tak sempat nak layan semua.
  


Hidangan yang sempat dibuat untuk para tetamu dan sanak -saudara pada 1 Syawal-Nasi impit dan Sate ayam goreng serta Kuah kacang.Ada juga Tart apple crumble,Sambal daging dan Triffle.
Disamping itu ada juga Tiramisu,Kek karot,Kek puding karamel dan Mee hoon goreng.Saya tak sediakan nasi pun seperti rumah terbuka yang lain.Tak larat nak masak nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan