Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di India Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari. Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Bahan-bahan
- 3 biji fresh orange
- 2 sudu besar jus roselle
- beberapa ketul ais kiub
- 2 cawan air sejuk
- Basuh fresh orange dan belah dua serta perahkan jusnya.
- Masukkan jus roselle ke dalam gelas sesuai dan tambahkan jus fresh orange.
- Tambahkan sedikit air dan ketulan ais kiub.Sejukkan.
- Sedia untuk di minum...sungguh menyegarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan