Isnin, 17 Oktober 2011

PUDING SPAN EPAL


 Saya buat Puding span epal ini selepas membelek majalah Rasa keluaran September 2010. Tengok resipinya macam mudah saja .Lagipun buah epal dan kek span dalam peti masih ada lagi.Puding ini di buat oleh Puan Suwarsi dari Taman Seri Andalas, Klang.
Jika suka boleh juga di letakkan krim putar di atasnya ataupun meringue.
Puding Span Epal

Bahan-bahan 
  • 10 keping kek span
  • 3 biji epal-di potong dadu
  • 6 biji telur
  • 500 ml.susu
  • 240 gm.gula(saya guna 150gm.)
  • 125 ml.krim putar
  • 1 sdb.mentega
  • 1 sdb.gula perang
  • 1 sd.esen vanila
  • 1/2 sdt.serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan kismis

*Di dalam resipi ini saya menggunakan kek span koko dan kek span pandan.Buah epal pula tidak di buang kulitnya.
*Gambar atas:puding sebelum di bakar.


Cara membuatnya
  • Cairkan mentega di dalam kuali leper dan masukkan epal,gula perang , serbuk kayu manis dan kismis.
  • Biarkan hingga gula hancur dan ketepikan.
  • Susun hirisan kek span di dalam mangkuk dan tuangkan adunan epal di atasnya.
  • Selang-selikan dengan kek span dan epal hingga habis adunan.Ketepikan.
  • Sementara itu,panaskan susu bersama krim putar,gula dan mentega hingga agak suam(jangan sampai mendidih).
  • Pukul telur hingga kembang da tuangkan ke dalam bancuhan susu tadi.
  • Kemudian tuangkan  bancuhan ke atas kek dan ratakan.
  • Bakar pada suhu 180'c selama 30 min.menggunakan kaedah stim bath.Bakar hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan