Sabtu, 12 November 2011

DAGING GORENG DAUN BAWANG

Selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha ni stok daging begitu banyak kat peti ais.Nak makan hari-hari pun tak boleh juga.Macam-macam yang dah di buat tapi masih banyak lagi.Anak-anak pun tidak begitu menyukai daging.Daging goreng yang saya buat ni adalah resipi kegemaran En.Z.Suka sangat dia makan nasi panas dengan daging goreng daun bawang ni.

DAGING GORENG DAUN BAWANG
sumber:dari dapur
Bahan-bahan
  • daging-hiris nipis
  • 3 sdb.kicap manis
  • 1 sdb.sos lada hitam
  • 1 sdb.bawang merah kisar
  • 1 sdt.serbuk kunyit
  • gula /garam secukup rasa
  •  daun bawang /sup.
                                                         
                                                 Cara membuatnya 
  • Daging di gaul dengan bawang merah kisar,sedikit gula dan serbuk kunyit.Ketepikan.
  • Potong daun bawang/sup sepanjang 1 inci.
  • Panaskan kuali dan goreng daging tanpa minyak sehingga airnya sedikit kering
  • Masukkan sedikit minyak dan goreng sebentar.Tambahkan sedikit garam dan kicap manis serta sos lada hitam.Goreng hingga daging hampir masak.
  • Kemudian masukkan daun bawang/sup.Biarkan sebentar dan bolehlah di angkat.Sedap di makan dengan nasi panas.
  •                                                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan