Sabtu, 12 November 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Salam sayang..kek coklat yang sentiasa laku di rumah ini.Asalkan buat kek coklat tak kira resipi mana pun budak-budak 3 orang tu akan makan dengan berselera sekali.Kejap je dah habis.Kek di atas habis dalam masa sehari setengah!.Kalau buat kek lain mamanya yang tukang perabih.Saya buat kek coklat tanpa telur ni sebenarnya nak menguji macam mana rasa kek yang tidak di letak telur.Sedap juga rasanya kalau tidak di letak topping sekalipun.Tapi saya letak juga sebab ada topping coffee buttercream dalam peti ais .

.KEK COKLAT TANPA TELUR
Sumber:Dayangjack-dapurku sayang.

Bahan-bahan
(loyang kecil)
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon
Cara membuatnya
  • Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  • Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  • Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul-betul panas)
  • Tapiskan adunan.
  • Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  • Tuangkan cepat-cepat adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  • Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun boleh.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa di bakar.
***Saya telah menggandakan adunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan