JANGAN ADA BENCI...
Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka.Tuhan itu maha adil.Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.Misalnya orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan di benci oleh rakan -rakannya.Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGOdtWm_HzAycjVkkAJfT0xByb4NdjBiBisMTWIm_xNztsPfRB_5ChIaNG3bg9pKGi4lwlUytgAO1DU_gOcSQTUhowIEPUPe8jtDzWAm4LC11TqJdzbQ4eDmWV4tS5gU_3erhiBC3IE-s/s320/BENCI+4.jpg)
Kaedah mengikis benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci adalah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam .Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi ,membersihkan diri dan mengibas tempat tidur,tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?.Dengan memaafkan orang sebelum tidur,kita akan membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXJkMLRhsJGIchgmYeh5G5DCVnBZg8sio44CmLzBKQ5P1Gttxgpbdg-ansNI9Z4Wp9vEf5ECVNODrJ05EC-22bU80me2OC32VgwZGW7Y06HTGHxEGopu5DOXSOhAn48o9t2H9B_ufkq48/s320/BENCI.png)
Sumber:e-mail kampus
Gambar:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan