Selamat berbahagia semua..saya pun sungguh bahagia selepas makan ais krim yang menyejukkan ni.Di tambah pula dengan rasanya yang tidak terlalu manis dan buah koktel yang sejuk.Hmmm..nyamannya seperti berada di tempat yang sejuk.Bunyi macam iklan pulak dah..terimakasih kepada penyumbang resipi.Tu lah dulu semasa belum ada blog, print resipi lupa pula nak salin nama pemilikya.
SIMPLE ICE CREAM
Bahan-bahan
- 1 peket coffeemate
- 1 kotak besar susu UHT Dutch Lady
Cara membuatnya
- Campurkan kedua-dua bahan dalam blender dan kisar hingga berbuih.
- Tuangkan ke dalan bekas sesuai dan beku kan separuh hingga beku.
- Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
- Sejukkan sehingga beku.
- Siap untuk di makan.
Cadangan hidangan
*sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai mixer high speed.
*Skopkan ais krim ke dalam cawan dan tuangkan sos coklat Hershey dan taburkan kacang tumbuk di atasnya.
*Hiaskan dengan buah-buahan koktel.
*Tambahan:perasa ais krim bergantung kepada perasa susu yang di pilih samada susu coklat,strawberry,coffee dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan