Selasa, 31 Januari 2012

CUKA

Pelbagai teknik di gunakan bagi menyedapkan rasa masakan.Antaranya ialah dengan menggunakan lada hitam,lada putih,kicap,sos tiram,sos cili,sos tomato dan pelbagai lagi bahan perasa termasuk juga cuka.
Cuka telah lama di kenali sebagai teman makanan berbentuk cecair.Para chef di seluruh dunia menggunakan cuka sebagai pelengkap makanan dan masakan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa cuka sebenarnya terdapat dalam pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai peranan yang berbeza dalam melengkapkan lagi rasa sesuatu masakan itu.
Bagaimanapun,bagi umat Islam ,tidak semua cuka  yang boleh di makan kerana ada di antaranya mengandungi bahan yan tidak halal.
Di sini di berikan sedikit panduan memilih jenis-jenis cuka. Dengan maklumat ini,bolehlah anda mengelak daripada menggunakan cuka yang tidak halal dalam masakan.
  • Cuka epal
Terdapat dua jenis cuka epal iaitu apple vinegar dan apple cider vinegar.Cara pembuatan apple vinegar adalah menerusi fermentasi sari epal.Manakala apple cider vinegar pula di perbuat daripada sari epal beralkohol.Selain untuk menambah rasa masakan seperti makanan laut,sup dan melembutkan daging,cuka epal sudah lama di gunakan oleh masyarakat Barat untuk membuat pelbagai ramuan tradisional.
  • Cuka kismis
Cuka jenis ini di perbuat daripada kismis.Dalam bahasa Arab ia di panggil cuka anggur.Ia di gunakan dalam masakan Timur Tengah.Antara masakan yang menggunakan cuka kismis ialah Strudel epal.
  • Cuka sherry
Cuka ini di gunakan dalam resipi -resipi orang Eropah dan Asia.Cuka sherry yang mengandungi minuman alkohol sherry memberikan rasa manis serta masam dan sangat sesuai di jadikan adunan sos salad.
  • Cuka balsamic
Cuka balsamic adalah satu jenis  cuka yang sangat aromatik dan mahal harganya.ia di buat dari bahan-bahan berkualiti tinggi dan di simpan di dalam tong selama bertahun-tahun.Cuka balsamic merupakan bahan asas dalam masakan Itali.Cara menggunakan cuka ialah dengan mencelup atau merenjis ke atas makanan seperti bruschetta dan ia sering digunakan dalam setiap masakan sayur-sayuran Itali.
  • Cuka wain
Di perbuat dari wain merah atau wain putih.Cuka ini amat popular di negara -negara Mediterranean dan Eropah  tengah.Cuka  jenis ini sering di gunakan untuk menjadikan makanan tahan lebih lama seperti salad,bahan perapan sesuatu masakan dan sos.
  • Cuka malt
Cuka malt merupakan cuka yang paling di sukai oeh orang Eropah.Ia di perbuat daripada barli ,gandum,jagung dan beberapa bahan lain.Masyarakat Eropah suka mencampurkan cuka malt ke dalam masakan yang berasaskan ikan.

Sumber:Info dapur-Majalah Wanita
Gambar:Cik Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan