Sabtu, 21 Januari 2012

SAYUR LEMAK BUNGA KUBIS


Salam bahagia untuk semua..kelas masak-masak hari ini adalah pasal Kubis bunga (saya suka menyebutnya sebagai Bunga kubis)
Nama Saintifik: 
Brassica oleracea var. botrytis 
Nama Inggeris: Cauliflower
Kubis bunga adalah daripada keluarga kubis, yang mempunyai bunga-bunga kecil di atas kelompok-kelompok tangkai. Ia terdapat dalam warna putih, hijau atau ungu (yang bertukar menjadi hijau pucat setelah dimasak). Keseluruhan bahagian bunga boleh dimakan. Daun hijaunya jarang dijual tetapi boleh dimakan, cuma ia mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak dan mempunyai rasa yang lebih kuat.

Ketika memilih, pilihlah yang tegang, agak berat, dan warna yang rata tanpa ada kekotoran. Apabila memasak, jangan masak terlalu lama kerana sayuran ini akan menjadi lembik dan layu.

Selain tinggi dengan vitamin C, kubis bunga juga memberikan nutrisi yang lain seperti karbohidrat, serat
makanan, vitamin B dan potassium-Sumber:Trymasak.
Bunga kubis masak lemak ini sedap di makan bersama nasi putih dan Ikan masin goreng.Saya menambahkan sayuran lain sebagai sampingan dan untuk memberi warna pada masakan.

SAYUR LEMAK PUTIH BUNGA KUBIS
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • bunga kubis
  • 1 batang karot-potong baji
  • 2 sdb.ikan bilis
  • 1 batang terung
  • 2 keping kek ikan -di potong kecil
  • bebola  ikan
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sdt.lada hitam biji
  • Santan secukupnya-utk.kuah
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Bersihkan semua sayur-sayuran dan toskan
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih bersama lada hitam dan ikan bilis.
  • Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk
  • Masak santan dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala.Tambahkan kek ikan dan bebola ikan.
  • Bila kuah hampir mendidih masukkan bunga kubis,karot dan terung.
  • Biarkan sebentar,bila sayur hampir masak,masukkan garam secukup rasa. 
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan