Isnin, 13 Februari 2012

RICH COCO COCKTAIL PUDDING


























Salam bahagia buat semua....
Puding ini sangat sedap rasanya (pada tekak saya).Tambahan pula di makan bersama kuah susu dan buah-buahan koktel.Ia sedap di makan sejuk.

RICH COCO COCKTAIL PUDDING
Sumber:Blog Tiffinbiru

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sdt.garam
  • 4 sdb.tepung jagung
  • 41/2 cawan air
  • 1 sdt.esen vanila
  • 10 gm.serbuk jelly Konyakku
  • 3 sdb.mentega
Bahan untuk kuah
  • susu cair secukupnya
  • sedikit gula/ikut manis masing-masing
  • buah koktel secukupnya
Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan kecuali mentega dalam satu bekas,kacau dengan whisk sehingga sebati.
  • Tapiskan adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat.Padamkan api.
  • Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan.
  • Tuangkan ke dalam acuan pilihan dan biarkan beku di dalam peti ais.
  • Kemudian boleh di hidangkan dengan susu cair dan buah-buahan koktel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan