Sabtu, 12 Mei 2012

ACAR HALIA MUDA


Salam bahagia buat semua.. 
Saya selalu juga buat Acar halia muda jika ada beberapa ketul halia muda yang kalau di  tunggu lama-lama boleh 'turns' tua.Membuatnya pun mudah sahaja seperti kita membuat acar kubis atau lain-lain acar.Dulu-dulu arwah ayah suka makan acar halia muda semasa hayatnya.....

ACAR HALIA MUDA
Sumber:dari dapur

Bahan-bahan
  • beberapa ketul halia muda
  • 1 labu bawang bombay
  • sedikit bijan sangai-untuk di tabur
  • 2 biji lada merah besar
  • 1 biji lada hijau besar
  • cuka makan secukupnya 
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Masukkan cuka kedalam mangkuk.Tambahkan garam ,gula dan kacaukan supaya larut.Ketepikan.
  • Basuh bersih halia dan potong nipis-nipis.
  • Potong lada merah,lada hijau ,bawang merah nipis-nipis dan masukkan kedalam cuka tadi.
  • Gaulkan semua biar sebati.biarkan sebentar supaya cuka meresap ke dalam bahan-bahan yang telah di potong.
  • Sebelum menghidang ,taburkan bijan sangai .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan