Isnin, 21 Mei 2012

PUDING EPAL


Salam bahagia buat semua...

Dah lama rasanya tak buat puding.Kehidupan rutin harian yang kadang-kadang sibuk tak sempat berlama-lama di dapur.Cuma pada hari tidak bekerja sahaja saya berpeluang mencuba resipi baru.Puding epal ini baru di buat pada hujung minggu lepas.Saya meletakkannya di dalam acuan kecil supaya mudah di makan dan cepat habis.

PUDING EPAL
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 5 cawan air
  • sedikit garam 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • gula(sukatan masing-masing)
  • 2 biji epal merah
Cara membuatnya
  • Masukkan air ke dalam periuk dan rebus agar-agar sehinga larut.
  • Potong epal kecil-kecil dan kisarkan bersama susu cair.
  • Apabila agar-agar larut,masukkan gula secukup manis yang di sukai dan epal yang di kisar bersama susu tadi.Kacau sebati.
  • Tunggu sehingga agar-agar mendidih sekali lagi sambil di kacau dan masukan sedikit garam dan esen vanila.
  • Padamkan api dan masukkan ke dalam acuan yang di sukai dan sejukkan sebentar sebelum di bekukan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
*Sukatan air bergantung kepada jenis agar-agar yang di gunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan