Selasa, 26 Jun 2012

PULUT AYAM


Salam bahagia buat semua...

Sudah lama saya teringin makan pulut ayam .Sesekaliii... ku rasa teringinnn...(sila teruskan nyanyi lagu Shima).Lama dulu saya ada membeli pulut ayam yang di jual di Pasar Borong Wakaf Che Yeh pada waktu malam.Kemudian rasa nak cuba buat sendiri pula, baru dapat makan banyak sikit dan puas hati(dasar nak menggemukkan badan!..)Projek pun bermula setelah mengintai resipi kat dapur blog 1001 Resipi sebagai panduan. 
 
PULUT AYAM
 Sumber:1001 resipi

Cara memasak pulut
  • Tanak pulut kemudian letak sedikit santan,daun pandan dan sedikit garam.
  • Air untuk tanak pulut kurang sedikit dari air untuk masak nasi.Saya cuma masak pulut tanpa santan sahaja seperti di dalam gambar..
Cara masak ayam
  • Ayam di gaul dengan bawang merah dan bawang putih kisar dan sedikit garam dan gula(Resipi asal guna serbuk Mc Cormick Buffalo Wings Seasoning Mix).
  • Perapkan sebentar kemudian di goreng dengan api sederhana.
Cara buat sos cili
  • Tumbuk lumat 4 biji cili merah besar dan 5 ulas bawang putih.
  • Masukkan ke dalam periuk kecil dan tambahkan air secukupnya dan tambahkan 1 sudu besar cili kering kisar atau lebih jika suka lebih pedas.
  • Tambahkan 1/2 sudu kecil cuka,garam dan gula 3-5 sudu besar supaya rasanya ada manis,pedas dan masam sedikit.
  • Didihkan sehingga ia menjadi lebih pekat.
  • Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam sos cili.Kacau sebentar  biar sebati dan padamkan api.
*Nak lagi mudah,gunakan saja sos pencicah yang di beli.

Cara buat bawang putih goreng
  • Hiris nipis bawang putih secukupnya dan goreng di dalam minyak hingga perang/sedikit garing(saya guna bawang merah)
**Hidangkan pulut ayam dengan sos cili serta di taburkan bawang goreng..sedap!

2 ulasan:

  1. Berapa kali buat tak jadi sma mcm kt kedai hehe..cube resepi ni pulak. Tqq 😁

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam