Salam bahagia buat semua,...
Nak letak nama Kek Aiskrim Marie rasa janggal pula.Lain kali kita buat kek ais krim guna Biskut Oreo pula ye.Di dalam resipi ini saya menggunakan dua jenis ais krim iaitu lapisan bawah guna Ais krim perisa jagung dan lapisan atas guna Ais krim Lava Paddle Pop.Jadi ia ada dua perisa.
Kek ini tidak boleh main tayang-tayang kat luar peti sejuk sebab dengan cuaca Malaysia ni ia mudah mencair.Kalau nak makan barulah di keluarkan dari peti sejuk.Tag linenya-dari peti sejuk terus ke mulut!! hee..hee..seeloknya bekukan semalaman barulah di makan.Kalau tidak macam gambar tu lah baru dua jam di bekukan dah jadi model kamera.Kalau lambat ambil gambar nanti hilang lagi!mari kita tengok resipinya.
KEK AIS KRIM OREO
Sumber:Puan Ros Sinaranmenu.blogspot.tq.
- 3 bungkus biskut oreo
- 2 liter aiskrim perasa Grand Caramel Almond Fudge saya guna aiskrim Paddle Pop Wall's
- 100 gm white chocolate
- 100 gm mentega- dicairkan
- Guna dalam 1 1/2 paket biskut oreo yang dibuang krimnya.Masukkan kedalam bag plastik dan gelek sampai hancur -tak perlu terlalu halus (boleh juga dibeli biskut oreo yang dah dihancurkan)
- Masukkan kedalam mangkuk dan tuang mentega yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit.Kacau hingga bahan sebati.
- Masukkan ke dalam acuan spring-form berukuran 8 inci.Ratakan dan tekan hingga nampak padat dan licin berminyak.
- Biskut oreo yang masih berbaki di buka(tapi tak perlu buang krimnya) dan diatur keliling bekas kek seperti dalam gambar(biskut marie kita tu!)Tekan sedikit agar biskut tertanam dan berdiri tegak.
- Keluarkan aiskrim 20 minit lebih awal.Bila lapisan bawah oreo dah siap,masukkan aiskrim kedalam mangkuk dan dikacau agar menjadi lembut.
- Curahkan aiskrim didalam bekas yang disediakan tadi.Ratakan dan tutup bekas dengan aluminium foil.saya bekukan sekejap lapisan pertama(perisa jagung) kemudian baru di curahkan lapisan kedua.
- Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam atau bahagian atasnya dah mengeras bila ditekan.
- Panaskan coklat masakan dan masukkan kedalam bekas bentuk ABC untuk perkataannya.(yang ni sebenarnya saya buat lebih awal dan masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
- Panaskan sedikit white coklat(saya letak sedikit pewarna kuning) dan biarkan sejuk seketika,masukkan kedalam piping bag.
- Keluarkan aiskrim yang telah separuh keras dan buat lakaran garisan diatasnya mengikut corak pilihan masing-masing.
- Masukkan semula kedalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
- 3- 5 minit sebelum acara potong kek bermula dan makan-makan baru keluarkan dari peti sejuk.Keluarkan aiskrim kek dari bekasnya dan hiaslah sesuka hati diatas kek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan