Salam bahagia buat semua...
Kek Fruit Flan yang tidak berapa lengkap buahnya. Pada kebiasaannya diletakkan buah kiwi untuk memberikan warna hijau pada hiasan kek.Tapi pada masa saya ingin membuatnya,puas mencari buah kiwi tak ada yang berkenan di hati kerana kebanyakkannya sudah hampir rosak(pasaraya kecil). Kita buat sajalah dengan stok buah yang ada.Harga kek ini di kedai kek boleh tahan juga.
KEK FRUIT FLAN
Sumber:Kelas baking Sweet Berry
Bahan kek sponge(A)
Sumber:Kelas baking Sweet Berry
Bahan kek sponge(A)
- 75ml.minyak
Topping
- 200 gm non-diary whipping cream
- Hiasan Buah strawberry, kiwi, anggur, peach (ikut suka)
- golden syrup- untuk di sapu atas buah
Cara membuat kek span
- Putar bahan A sehingga kembang.Mula-mula guna low speed dan naikkan ke high speed dan putar selama 5 minit.
- Selepas 5 minit buat medium speed dan putar selama 1 minit lagi.
- Kemudian perlahan-lahan masukkan bahan B dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan bakar di dalam dua loyang yang telah di alas dengan baking sheet.
- Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180'C bergantung oada oven masing-masing.
- Putar non-diary whipping cream dengan high speed sehingga soft peak kemudian tukar ke medium speed.
- Lapisan pertama: Ambil satu lapisan kek, sapukan dengan whip cream hingga rata.Letakkan buah -buahan di tengahnya .
- Lapisan kedua : Ambil satu lapisan kek dan ulangi langkah yang sama seperti lapisan pertama.
- Sapukan seluruh kek dengan whip cream.Hiaslah mengikut kreativiti sendiri.
- Sapukan buah-buahan dengan golden syrup supaya nampak berkilat.
- Tepi kek juga boleh di hias dengan almond slices yang di bakar terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan