Salam bahagia buat semua..
Hari ini tidak seperti semalam yang sedikit sedih tetapi sekarang ia sudah berlalu..let be gone be by gone!
Saya bercuti....jadi apalagi, masaklah apa-apa saja yang ingin di cuba masak.Hari ini saya buat Popia inti daging.Tidak bercadang untuk membuat kuih ini sebenarnya tetapi sebaik sahaja buka freezer ada kulit popia dan daging cincang...kira clear stok juga!Buat banyak-banyak,simpan dalam freezer kalau nak makan keluarkan sekejap kemudian di goreng.
POPIA KENTANG DAN DAGING
Sumber:daridapursuzana
Bahan-bahan inti
250 gm .daging cincang
1 biji ubi kentang -potong dadu
2 sudu besar rempah kari daging-campur sedikit air
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang halus
3 pokok daun bawang/sup-potong kecil
1 sudu besar cili kering kisar
sos ikan dan sedikit gula secukup rasa
minyak canola utk menumis
Cara membuat intinya
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar dadu dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
- Masukkan rempah kari daging dan masak sehingga naik minyak.
- Masukkan daging cincang dan ubi kentang dan gaul sebati.Goreng sehingga daging sedikit masak dengan api sederhana.Tambahkan sedikit air dan biarkan seketika.
- Tambahkan sos ikan dan gula secukup rasa
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat dan sejukkan sebentar.
- Cara membuat popia seperti di tunjukkan dalam gambar di atas.
- Bentangkan kulit popia,letak sedikit intinya dan taburkan daun bawang/sup,kemudian di gulung kemas.
- Lekatkan tepinya dengan telur putih atau tepung yang di campur sedikit air sebagai gam.
- Selepas semua popia siap di gulung,goreng di dalam minyak dengan api yang sederhana sehingga berwarna perang .
- Angkat dan toskan minyaknya.Bolehlah di hidangkan panas-panas.Sungguh rangup sekali.
masukkan ubi kentang nya bila?
BalasPadam'Masukkan daging cincang dan ubi kentang dan gaul sebati.'..cuba baca sekali lagi cara-cara di atas.
PadamMasa masak intinya tu
BalasPadammasa memasak tidak di beri kerana biasanya memasak bukannya seperti kita membakar kek.kena try la kalau nak tahu masak ke tidak.
PadamBiasanya ubi kentang akan lembut kalau masak manakala daging pula boleh di kunyah.Lagipun jenis dapur rumah kita dan kekuatan api yang kita gunakan tidak sama.
Masa masak intinya tu
BalasPadam