Salam bahagia buat semua..
Saya cuba buat pula Bingka Crackers ini setelah terjumpa banyak Biskut Crackers yang tidak di makan oleh anak-anak.Bulan puasa hampir tiba seminggu lagi sudah tentu biskut ini terbiar begitu sahaja.Lebih baik kita cepat clear stok supaya tidak terbuang begitu sahaja.Tak sempat nak bagi warna perang kat atas bingka tu,nampak je masak terus keluarkan dari oven.Bimbang takut terhangit lagi!!
Resipinya ialah..
BINGKA CRACKERS
Sumber:Kh267tm,Majalah Aroma Jun2012
Bahan-bahan
- 20 keping biskut cream crackers
- 85 gm.tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 710 santan atau susu segar
- secubit garam
- 1 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil pandan emulco/pewarna hijau
- 1 sudu kecil coklat emulco
- 1 sudu kecil esen vanila
- sedikit bijan untuk tabur
Cara membuatnya
- Panaskan oven 180'C.Sapukan loyang dengan mentega.
- Kisarkan semua bahan kecuali,bijan ,pewarna esen vanila dan coklat emulco.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau.
- Satu bahagian lagi,asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco .Baki adunan di letakkan esen vanila.
- Tuangkan adunan vanila ke dalam loyang.
- Tompok-tompokkan adunan yang berwarna coklat ke atasnya dan buat corak marble .
- Bakar di dalam oven sehingga permukaan atas kelihatan keras sedikit(lebih kurang 15-20 min.)
- keluarkan dari oven dan tuangkan adunan hijau pula.Taburkan bijan di atasnya.
- Bakar semula di dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
- Setelah masak ,biarkan bingka sejuk sebelum di potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan