Rabu, 11 Julai 2012

SAMBAL KERANG






















Salam bahagia buat semua..
Hari ini resipi Sambal Kerang yang menjadi kesukaan saya.Sedap di makan bersama Nasi Lemak atau nasi putih.

SAMBAL KERANG
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan(3 orang)
  • 250 gm.isi kerang
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1sudu besar kicap manis
  • 1 labu bawang besar-hiris nipis
  • 1/2 biji buah tomato-hiris nipis
  • 1 batang bunga kantan-hiris nipis
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 12 sudu besar bawang merah kisar
  • sos ikan secukup rasa
  • gula secukup rasa(pilihan)
  • minyak masak
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan bunga kantan hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Tambahkan sos tiram,sos cili dan kicap.
  • Masukkan isi kerang dan gaulkan sebati dan tambahkan sedikit air.Masak sebentar hingga kerang masak.
  • Masukkan bawang besar dan tomato.Tambahkan sos ikan dan sedikit gula jika suka secukup rasa.
  • Biarkan ia masak dengan api sederhana.Rasalah kesedapannya ikut citarasa masing-masing.
  • Bolehlah di angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan