Jumaat, 13 Julai 2012

JUS HONEY DEW

Salam bahagia buat semua ..... 
Ini adalah salah satu jus yang sedap sekali di minum pada waktu cuaca yang panas begini.Ia sedap di minum sejuk dan rasanya sungguh menyegarkan tekak yang dahaga .Penat sungguh seharian berada di tempat kerja membuatkan badan dan otak menjadi letih.Balik rumah..I need to be  in peace and serenity,apalagi tidurlah sekejap kemudian baru minum jus.Baru rasa segar badan..
JUS HONEY DEW
Sumber:Majalah Keluarga 


Bahan-bahan
  • ais kiub secukupnya
  • susu pekat manis
  • sirap gula
  • honey dew/tembikai susu
Cara membuatnya
  • Potong kecil buah honey dew dan masukkan ke dalam pengisar bersama susu,sirap gula dan ais kiub.
  • Kisar kesemuanya sehingga hancur.
  • Akhir sekali letak ke dalam gelas tinggi dan hiaslah mengikut kesukaan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan