Sabtu, 4 Ogos 2012

NASI GORENG DAGING BERSERAI

                                                                     
Salam bahagia buat semua..
Hidangan nasi goreng ini adalah juadah berbuka puasa anak-anak petang semalam yang di makan bersama ayam goreng rangup.Semasa berbuka puasa saya hanya akan hidangkan satu jenis juadah sahaja.Anak-anak sudah terbiasa begitu.Kat atas meja makan cuma ada satu bekas nasi goreng sahaja bersama air kesukaan masing-masing.Itu sahaja dan ia sangat ringkas.Saya latih mereka supaya tidak makan pelbagai jenis makanan semasa berbuka supaya mereka sentiasa beringat kepada orang-orang yang lebih susah..
....dan ia adalah NASI GORENG DAGING BERSERAI  yang amat sedap ini(kena puji masakan sendiri untuk menghargai kepenatan anda berada di dapur)...hee...hee!!.Dalam resepi ini saya gantikan daging dengan ayam.

NASI GORENG DAGING BERSERAI
Sumber:Noorsha.blogspot

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi putih-di sejukkan
  • hirisan daging lembu(batang pinang) - (lebih kurang secawan) dihiris nipis dan panjang 
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
  • 5 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 1 sudu besar cili mesin  
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - lebih sedap kalau yg baru ditumbuk
  • 2 batang serai diketuk sedikit dan dihiris halus.
  • 2 sudu besar kicap  
  • 2 sudu besar sos tiram  
  • 1 biji telur -pukul sedikit  
  • lobak merah -disagat  
  • garam secukup rasa   saya guna sos nampla
  • 1 pokok daun saderi _dihiris  
  • minyak

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan wangi.
  • Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
  • Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk.  
  • Masukkan pula serai, serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram. Goreng seketika lagi. 
  • Alihkan semuanya ke tepi kuali dan masukkan telur. Biarkan seketika kemudian kacau goreng telur hingga hancur.  
  • Masukkan garam secukupnya dan masukkan juga sedikit gula jika suka. 
  • Masukkan lobak merah yg disagat dan juga nasi. Kacau hingga rata 
  • Goreng nasi seketika dan padamkan api. Masukkan daun saderi dan kacau lagi.
  • Nasi goreng serai sedia untuk di hidangkan. 
*Saya menggantikan lobak merah dengan kubis serta menambahkan udang ke dalam nasi goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan