Ahad, 12 Ogos 2012

PAVLOVA

Salam bahagia buat semua..
Sepanjang Ramadhan ini entri yang selalu masuk sini ialah dessert,puding dan biskut raya sahaja.Seperti hari ini entri dessert yang di buat minggu lepas untuk berbuka puasa ialah Pavlova.Waaaa..berbuka puasa sambil makan Pavlova...sedapnya(my taste la!)Di lidah saya ia menduduki carta kedua selepas Tiramisu.
Cerita Pavlova...
Ia merupakan sejenis dessert manis yang berasal dari New Zealand dan Australia yang di sertakan dengan buah-buahan segar di atasnya(meringue with fruit filling).
Si pemanis mulut yang garing di luar,halus dan lembut di dalamnya telah di hasilkan oleh pakar-pakar masak New zealand bersempena dengan kedatangan penari ballet yang di kagumi pada tahun 1926 iaitu Anna Matveyevna Pavlova.
 
Ini adalah kali pertama saya membuat Pavlova. Banyak lebihan telur putih yang tidak di gunakan tersimpan di dalam peti sejuk selepas membuat biskut raya yang hanya menggunakan telur kuning sahaja.Pavlova ku retak seribu kerana tersilap mengeluarkannya terus dari oven sebaik sahaja ia masak.Sepatutnya ia perlu di biarkan berada di dalam oven sekejap supaya ia tidak terkejut dengan perubahan suhu tiba-tiba.
Ini dia resipinya....
PAVLOVA
By:Joy of Baking
Rujukan-My Resepi

Bahan-bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor  ia amat manis bagi saya
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
Topping
  • 1 cawan krim putar/whipping cream
  • 1 1/2 sudu makan gula aising   tak letak
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat topping
  • Pukul krim putar dengan gula dan esen vanila sehingga kembang/bertanduk/stiff
Bahan hiasan
  • Buah-buahan segar pilihan seperti strawberi,markisa,raspberi,pic,nenas dan lain-lain buah kesukaan anda                                                                                                                
Cara membuatnya
  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya.Pastikan kesemua gula telah hancur.
  • Kemudian masukkan esen vanila ,cuka dan tepung.Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  • Sediakan baking sheet.Buat garisan bulatan di atas baking sheet.Bentukkan meringue tadi mengikut bulatan yang telah di lukis membentuk kubah.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 130'C selama lebih kurang 1 jam sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.
  • Bila di pegang terasa garing di luar dan lembut di bahagian dalam. 
  • Tutup suis oven dan biarkan Pavlova di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka 
  • Jangan keluarkan terus dari oven.Tunggu sehingga sejuk supaya ia tidak mendap atau retak.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan dengan topping.Hiaskan dengan buah-buahan segar pilihan.Sejukkan di dalam peti ais sebelum di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan