Khamis, 15 November 2012

MINI PAVLOVA


Salam bahagia buat semua yang berkunjung...

Saya buat lagi Pavlova kerana ada lebihan telur putih yang tidak di gunakan tetapi kali ini saya buat mini Pavlova, lagi senang nak makan secara individu.Tompokan meringue kita kena tinggikan sedikit seperti kubah supaya nanti apabila masak ia tidak akan menjadi leper.Buah-buahan yang saya gunakan seperti buah delima,kiwi dan anggur sahaja.Tengah sedap mengambil gambar,telefon saya boleh terlepas dari tangan dan terjatuh di tepi koridor simen di tepi rumah ,mujur tak pecah!hee...hee, careless...

MINI PAVLOVA
Sumber:IrmadiLondon 

Bahan-bahan

  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor   saya guna 1/2 cawan
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1/2 sudu makan tepung jagung

topping

  • 1 cawan krim putar 
  • 1 1/2 sudu makan gula aising   tak letak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara membuat krim
Pukul krim putar dengan gula dan esen vanila sehingga kembang.
Bahan lain
Buah-buahan pilihan seperti-kiwi,strawberi,pic,nenas dan lain-lain buah mengikut kesukaan.
Cara membuatnya
  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya.Pastikan kesemua gula hancur.
  • Kemudian masukkan esen vanila,cuka dan tepung.Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  • Buat bulatan kecil di atas kertas minyak dan letakkan adunan serta bentukkan bulat seperti kubah kecil.
  • Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit atau sehingga nampak perang muda.Masa membakar bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,buka pintu oven sedikit dan biarkan sehingga sejuk.Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim putar serta hias dengan buah-buahan pilihan.

2 ulasan:

  1. Kak Ros pun suka buat yang kecik..senang nak makan kan????

    BalasPadam
  2. ye la kak ros ,kita buat yang kecik ni terikut dgn kak ros la yang suka buat finger food!

    BalasPadam