Sabtu, 17 November 2012

ROTI SARDIN ROLL


Salam bahagia buat semua...
Saya terjumpa dengan resepi Roti sardin roll ini dalam majalah wanita(ia di tulis sebagai sardin roll roti) semasa sedang mengemas buku-buku lama.Resepi yang ringkas dan mudah untuk di sediakan .Sesuai di buat hidangan pada waktu petang sambil menonton tv.Ia adalah resepi dari Chef Ismail .Oleh kerana abang yang tengah sahaja makan sardin,saya gantikan inti sardin dengan inti ayam.Daun parsley pula  tak letak kerana anak tak makan sayur.

ROTI SARDIN ROLL
Sumber:Majalah Wanita(Chef Ismail)

Bahan-bahan
  • 1 tin sardin(425 gm)
  • 2 sudu besar mayonis
  • 10 keping roti
  • daun parsley
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • garam
  • minyak utk.menggoreng
gam tepung-tepung gandum campur dengan air .
Inti sardin-buang kuah sardin dan hancurkan isinya.Tambah bawang ,mayonis dan garam .sesuaikan rasanya.

cara membuatnya
  • Gelek roti hingga nipis dan potong tepi-tepinya.


  • Kemudian letak inti sardin di dalamnya serta sedikit daun parsley .Sapukan gam tepung di tepi-tepi roti agar ia melekat ketika ketika di gulung nanti.

  • Kemudian gulung roti tersebut dan di hujung kedua-dua roti tekan dengan garfu agar ia menjadi sardin roll yang cantik.
                                  
  • Setelah siap roti sardin roll ini ,panaskan minyak dan goreng Roti sardin roll hingga keperangan.Apabila masak,tegakkan Roti sardin roll tadi agar minyak tidak meresap ke dalamnya.

  • Sedia untuk di hidangkan dan ia rangup sekali ketika masih panas.


                                                                                         

1 ulasan:

  1. Samalah dengan anak-anak kami, semua tak makan sayur tapi selalu usahakan masak sayur berkuah, anak-anak bolehlah hirup kuah sayur....
    Roti sardin memang sedap, lagilah cuaca dingin begini, sambil mengadap tv, jangan lupa seteko minuman panasnya he he he ehh

    BalasPadam