Isnin, 5 November 2012

NASI AYAM PLANTA

Salam bahagia buat semua...
Nasi ayam adalah menu yang paling popular di rumah saya.Selalu saja saya buat,tetapi baru kali ini dapat masukkan entrinya.Setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk buat Nasi ayam walaupun resepinya hampir  sama sahaja.Kali in saya buat Nasi ayam planta yang di ambil kat blog Azlita masam manis.

NASI AYAM PLANTA
by : Pn. Hajah Sabariah
Sumber : Buku Resepi Planta

Bahan Ayam

  • 1 ekor ayam - dipotong 10
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 senduk kicap manis
  • 1/2 senduk gula
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu minyak bijan
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 5 inc. halia - dikisar
Rebus ayam yg telah di potong dan di cuci bersih hingga empuk.
Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan di gunakan untuk menanak nasi dan kuah sup ayam. Campurkan semua bahan- bahan di atas.
Lumurkan pada ayam yg telah di rebus tadi.
Perap sekejap.
Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam tadi.
 

Bahan Nasi
  • 4 cawan beras - cuci bersih toskan
  • air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
  • 1 senduk planta
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inc. halia - dikisar
  • 2 batang serai - dititik
  • sekuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 ulas bunga cengkih
  • garam secukup rasa.
Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan-bahan untuk menanak nasi.
Masukkan air rebusan ayam dan beras.
Tanak nasi sehingga masak.

Bahan Sos Cili

  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inc. halia - kisar
  • 6 biji cili merah -  dikisar
  • 2 senduk sos cili
  • 1 senduk sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar planta
Campurkan semua bahan untuk membuat sos.
Masak atas api dan kacau.
Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.
Perasakan dengan garam dan gula.

Bahan Sos Kicap

  • 1 sudu besar planta
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inc halia - kisar
  • 1 senduk kicap manis
  • 3 biji cili padi - dihiris
Tumiskan semua bahan sos kicap dengan planta.
Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.

Bahan sup ayam  saya buat sendiri
  • air rebusan ayam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar rempah sup Adabi/1 sup bunjut
Renehkan sup dengan api sederhana sehingga  semua bahan-bahan sebati.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.

2 ulasan:

  1. hujan2 ni pekena nasi ayam sedap gk..bleh la tumpang makan kt sini yer..

    BalasPadam
  2. bolehlah kalau nak merasa.silakanlah,jemput makan.hee..he makan kat gambar je lah ye Adda!

    BalasPadam