Khamis, 27 Disember 2012

DURIAN CREPE

Salam bahgia buat semua...
Kalau orang lain sudah lama buat Durian crepe ,saya baru saja membuatnya dalam musim cuti sekolah ni.Sentiasa saja tak berkesempatan untuk membuatnya semasa fenomena Durian crepe melanda di dalam blog-blog masakan semasa musim durian yang lepas.Sebelum membuatnya saya menempah dulu untuk merasa adakah ia betul-betul sedap seperti yang dicakapkan.Bagi saya rasanya boleh tahan juga cuma ia tidak boleh di makan selalu kerana kalorinya tinggi.Kesedapannya bergantung kepada isi durian dan kulitnya yang nipis.Kalau orang lain buat ia nampak tembam,pada kali pertama saya buat ,kulitnya tebal sikit dan ia nampak kurus !!...


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
Sumber:Azlita masam manis
 
Bahan-bahan crepe
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pandan emulco
  • 1 sudu teh pewarna hijau
Cara membuat crepe
  • Satukan semua bahan di atas di dalam bekas.Kacau rata.
  • Masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapis
  • Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
  • Panaskan hingga kuali benar-benar panas.
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali.Kemudian kecilkan api.
  • Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
  • Adunan tak perlu di balikkan.
  • Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.Buat sehingga habis.
  • Biarkan sejuk.

Durian Filling
  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya
 Cara membuatnya
  • Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental.
  • Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Cara melipat crepe
  • Bentangkan 1 keping crepe
  • Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
  • Letakkan isi durian
  • Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  • Lipatlah crepe.
  • Kemudian simpan dalam peti ais sebentar.
  • Enak di hidangkan dingin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan