Khamis, 24 Januari 2013

APAM BALIK

Salam bahagia buat semua...
Bestnya dapat makan Apam balik yang di buat sendiri.Biasanya di beli kat pasar malam sahaja.Tetapi oleh kerana anak-anak sukakannya saya cuba membuatnya pula setelah jumpa resepi yang mudah ini kat dapur ibundo.Oleh kerana teruja membuat sendiri letak intinya banyak sikit sampai meleleh keluar kat tepi-tepinya.Teksturnya lembut dan tidak rangup.Walaupun tak sesedap yang di buat kat kedai tapi puas hati dapat makan Apam balik yang intinya banyak!...

APAM BALIK
Sumber:  Norzailina Nordin. (Belajar memasak langkah demi langkah)
               dapur ibundo.blogspot
 
Bahan-bahan
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh yis segera
  • 35 gm gula kastor
  • 20 ml air suam
  • 2 biji telur
  • 50 ml minyak masak
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh air
  • garam secukupnya

Bahan tabur

  • 100 gm kacang goreng
  • 50 gm gula kasar
  • 100 gm jagung berkrim
Cara membuatnya
  • Campurkan gula kastor, garam dan tepung gandum.
  • Masukkan yis dan kacau rata
  • Tuangkan telur dan minyak masak. Gaul sebati.
  • Tambah air dan pukul sebentar.
  • Satukan soda penaik dan air. Tuang ke dalam adunan dan kacau lagi  sehingga sebati.
  • Tutup adunan dan biarkan selama 1/2 jam.  Kacau bila mahu digunakan.
  • Panaskan kuali leper.Lenser dengan sedikit minyak.Ambil sesenduk adunan dan ratakan di dalam kuali.
  • Bakar atas api perlahan sehingga berlubang-lubang.Taburkan gula pasir, kacang tanah yang telah ditumbuk kasar dan jagung berkrim.
  • Bila masak, lipat dua dan angkat.

2 ulasan: