Salam bahagia buat semua..
Selawat dan selamat sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal Nabi Muhammad di lahirkan pada tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masehi.
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA KITA
" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang
hendakku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu kamu
selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah yang
suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kami kepada pemiliknya
yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun supaya orang lain tidak
menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu pasti akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala
amalan kamu.
Allah mengharamkan riba mulai sekarang. Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutnya dalam perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka
juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan
orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan
zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini. Sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah pada
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya terkecuali
dalam takwa dan amal soleh.
Ingatlah kamu akan menghadap Allah pada
suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu
kerjakan. Oleh itu, awaslah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar
daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak
ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku. Dan tidak akan lahir
agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang yang
mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan yang lain
menyampaikannya pula kepada orang lain.
Semoga orang terakhir lebih
memahami kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus daripadaku.
Saksikan ya Allah, bahawasanya aku sampaikan risalah-Mu kepada
hambanya."
(TERKANDUNG DALAM KHUTBAH NABI YANG TERAKHIR DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH PADA 9 ZULHIJAH TAHUN 10 HIJRAH).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan