Ahad, 6 Januari 2013

ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU

As-Salam buat semua...
Cuaca hari ini telah kembali pulih di Kelantan.Panas terik sahaja membuatkan badan pun terasa penatnya apabila pulang dari bertugas pada sebelah pagi.Selepas berehat sebentar pada sebelah petang saya masuk dapur menggoreng roti sosej yang saya buat semasa cuti semalam.Buat banyak-bayak dan simpan kat freezer.Kalau nak buat lepas balik kerja alamatnya tak terbuat la sebab keletihan.Yang ni cuma tinggal goreng sahaja.Saya tidak menyalutnya dengan serbuk roti sebab ia menyerap banyak minyak.Tak begitu sesuai untuk anak-anak saya.

ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 8 keping roti sandwich
  • 8 keping keju
  • 8 batang sosej ayam/daging
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • sedikit tepung gandum di campur air sebagai pelekat
Cara membuatnya
  • Celur sosej sekejap di dalam air mendidih dan toskan.
  • Ambil sekeping roti dan gelek nipis.Letak sekeping keju dan sebatang sosej kemudian gulung kemas-kemas.Hujung roti di sapu gam tepung gandum.
  • Buatlah sehingga habis.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga roti bertukar perang.Gunakan api sederhana dan minyak tidak boleh panas sangat supaya roti tidak hangus.
  • Angkat dan toskan minyaknya.Boleh di makan dengan pencicah pilihan.
*Anak-anak saya suka makan dengan sos cili yang di campur mayonis.

2 ulasan:

  1. Selalu buat ni tapi dah lama tak bubuh keju dalamnya... anak2 suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak-anak suka yang gi buat tu.mamanya pun suka juga!

      Padam