Hari ini masak sayur lagi,hari-hari mesti kena masak sayur.Kalau tak ada sayur kat meja makan,tak ada seleralah si dia tu makan nasi.Siew pak choy kalau simpan lama-lama dalam peti sejuk ia cepat rosak kerana ia sejenis sayuran berdaun hijau.
Saya paling suka makan siew pak choy yang di celur, kemudian di tambah dengan lain-lain bahan di atasnya dan pada kali ini saya meletakkan daging ayam cincang.Satu gabungan yang sesuai dan sedap.
SIEW PAK CHOY AND MINCED CHICKEN
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
- 2 ikat siew pak choy
- 1/2 isi dada ayam-cincang halus
- 5 ulas bawang putih-cincang
- 1/2 labu bawang besar-hiris nipis
- 1 biji lada hijau-hiris halus
- 1 biji lada merah-hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu teh air perahan limau nipis
- sos ikan dan gula secukup rasa
- sedikit bawang goreng untuk taburan atas sayur
- Panaskan air dan celur sayur sekejap.Masukkan ke dalam air sejuk dan toskan.Tujuannya supaya sayur tidak menjadi terlalu masak dan juga untuk mengekalkan warna hijaunya.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga naik baunya.
- Masukkan sos tiram,sos cili dan ayam cincang.Gaul rata dan goreng sekejap lagi.
- Tambahkan serbuk lada hitam,sos ikan dan gula secukup rasa.Tambahkan lada hijau dan lada merah serta air perahan limau nipis.
- Masak sebentar lagi dan bolehlah di angkat.
- Susunkan sayur di dalam pinggan dan curahkan ayam cincang di atanya.Taburkan bawang goreng di atasnya dan sedia untuk di hidangkan.
Memang khasiatnya tak banyak lari kalau masak sayur cara kukus ye Suzana...
BalasPadam